Penubuhan UNIQSAAS selari hasrat Al-Sultan Abdullah

KUANTAN – Penjenamaan semula Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) kepada Universiti al-Quran Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) semalam, melakar sejarah tersendiri bagi negeri Pahang.

Penubuhan UNIQSAAS itu juga menyaksikan negeri Pahang menjadi tuan rumah kepada universiti al-Quran pertama di negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Lantikan) Pahang, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah Al-Qari berkata, ia juga adalah hasil buah fikiran dan kebijaksanaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Baginda sudah lama berhasrat untuk melihat sebuah universiti al-Quran diwujudkan di negeri Pahang dan Alhamdulillah, ia menjadi kenyataan semalam.

“Pelancaran (penjenamaan semula) juga sangat bertepatan dengan kedatangan malam Nuzul al-Quran dan sudah tentu kita harap usaha ini terus diberkati Allah,” katanya.

Pengumuman bersejarah penubuhan universiti al-Quran itu berlangsung di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, petang semalam.

Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima warkah perisytiharan nama UnIPSAS kepada UNIQSAAS daripada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebelum menyerahkan warkah itu kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail – sebagai simbolik pengisytiharan rasmi universiti tersebut.

Ahmad Irshadi dalam masa yang sama memaklumkan, penubuhan universiti al-Quran itu amat signifikan kerana selari dengan aspirasi Al-Sultan Abdullah yang menjadikan al-Quran sebagai teras pembangunan ilmu dan pembinaan tamadun.

“Penubuhan universiti ini mempunyai jalan sejarah yang panjang dan kita sebagai rakyat Pahang seharusnya berbangga dengan pencapaian diperoleh institusi pengajian tinggi berkenaan.

“Selain itu, penubuhan UNIQSAAS ini secara tidak langsung memperkukuh komitmen kerajaan negeri dalam memartabatkan pendidikan berteraskan al-Quran sebagai asas pembinaan generasi masa depan,” katanya.

Related Posts

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

‘Jangan sibuk ukur langsir di Putrajaya’ – Fadhlina

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Strategi penerangan pikat rakyat perlu diubah PKR

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

Kerajaan tolak desakan kawal media – Fahmi

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

PKR tidak boleh anggap keresahan rakyat sekadar sentimen – AMK

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

  • By Fatin
  • August 16, 2026
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran