Anwar ziarah Mursyidul Am Pas di Hospital Pulau Pinang

PULAU PINANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin yang sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, pagi tadi.

Anwar yang dalam rangka lawatan kerja ke Pulau Pinang dan Kedah singgah ke hospital berkenaan sebelum meneruskan jadual rasmi beliau.

Menurutnya, Hashim berada dalam keadaan baik dan mereka sempat berbicara panjang dalam pertemuan tersebut.

“Alhamdulillah, beliau dalam keadaan baik. Saya juga menyampaikan salam Azizah kepada beliau dan keluarga serta mendoakan afiyah dan kesembuhan segera buat Ustaz Hashim,” katanya.

Dalam lawatan sama, Anwar turut menziarahi seorang jururawat Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Beliau menzahirkan penghargaan terhadap pengorbanan petugas kesihatan yang disifatkan mempunyai jasa besar dalam menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat.

Sebelum beredar, Perdana Menteri turut mendapatkan taklimat mengenai perkembangan projek naik taraf kemudahan di Hospital Pulau Pinang bagi memastikan usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan terus berjalan lancar demi manfaat rakyat.

Related Posts

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

KOZHIKODE – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pandangan yang diberikan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan berhubung kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibuat berdasarkan undang-undang, nasihat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

SETIAUSAHA Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan tidak wajar mempersoalkan prosiding Lembaga Pengampunan berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Ahli Majlis Penasihat Perpaduan Negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan