UTS universiti pertama guna teknologi kecekapan tenaga baharu

SIBU – Universiti Teknologi Sarawak (UTS) muncul sebagai universiti pertama di Malaysia yang mengguna pakai teknologi kecekapan tenaga baharu bagi mengurangkan penggunaan elektrik secara signifikan melalui kerjasama strategik dengan Visi Utama Sdn Bhd.

Naib Canselor UTS, Profesor Emeritus Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata, universiti itu berbangga dapat bekerjasama dengan syarikat berkenaan untuk menguji serta mengesahkan keberkesanan peranti kecekapan tenaga yang diperkenalkan.

Ujar beliau, projek berkenaan dimulakan menerusi inisiatif ‘proof of concept’ tahun lalu apabila sistem pencahayaan baharu dipasang di kampus universiti itu.

“Hasil pelaksanaan itu menunjukkan penjimatan penggunaan tenaga yang sangat ketara,” katanya pada majlis menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara UTS dengan Visi Utama Sdn Bhd pada Khamis.

Menurutnya, bagi sistem pencahayaan, perbandingan antara lampu sedia ada dengan peranti baharu menunjukkan penjimatan sekurang-kurangnya 60 peratus.

“Ini bermakna penggunaan tenaga dapat dikurangkan dengan sangat ketara apabila teknologi baharu ini digunakan.

“Bagi sistem penyaman udara pula, ujian yang dijalankan merekodkan penjimatan tenaga sekurang-kurangnya 35 peratus, sekali gus memberi potensi penjimatan kos operasi yang besar dalam jangka panjang,” katanya.

Khairuddin berkata, antara kelebihan utama kerjasama itu ialah UTS tidak perlu mengeluarkan sebarang pelaburan modal kerana syarikat berkenaan menawarkan penyelesaian pembiayaan inovatif.

“Melalui perjanjian ini, kedua-dua pihak akan bekerjasama menjalankan kajian lanjut terhadap teknologi yang digunakan serta menambah baik sistem berkenaan,” katanya.

Beliau berkata data yang dikumpulkan membuktikan sistem itu bukan sekadar teori, sebaliknya telah diuji, dipasang dan dianalisis sendiri oleh kakitangan universiti.

“Inisiatif ini juga selari dengan aspirasi BCGS 2030 yang menekankan kelestarian alam sekitar sebagai antara teras utama pembangunan negeri,” katanya.

Menurutnya, selain menjimatkan kos tenaga, kerjasama itu turut membuka peluang kepada pensyarah dan penyelidik UTS menghasilkan penerbitan akademik serta memberi ruang kepada pelajar pascasiswazah menjalankan penyelidikan dalam bidang kecekapan tenaga.

“Pelaksanaan teknologi ini merupakan sebahagian daripada usaha merealisasikan konsep Green Campus di UTS,” katanya.

Turut hadir Pengarah Urusan Visi Utama Sdn Bhd, Henry Kung Sie Ing, Pendaftar UTS, Jimmy De Rozario, Timbalan Naib Canselor UTS (Akademik), Prof Ir Ts Dr Mohd Shahril Osman serta Pengurus Besar Visi Utama Sdn Bhd, Raymond Chai Nyap Loong.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri. Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

ALOR SETAR – Laluan air sungai Sedim di Kulim dekat sini dikenal pasti sebagai lokasi paling kerap dilanda kepala air di Kedah apabila lima daripada 11 insiden yang direkodkan sejak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Pelaksanaan manifesto lebih penting daripada janji’- Aminuddin

‘Pelaksanaan manifesto lebih penting daripada janji’- Aminuddin

Anwar dijangka turun berkempen buat PH Rabu ini

Anwar dijangka turun berkempen buat PH Rabu ini

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat