Empat lelaki didakwa tetak mangsa hingga parah

GEORGE TOWN – Empat rakan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan parang hingga parah selain tangan terpaksa dipotong bulan lalu.

Tertuduh iaitu S. Kisheaan, 29, S. Yogayoggan, 26, S. Heganeswaran Servai, 28 dan K. Sarvindran, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mereka yang bekerja sebagai penjual air kelapa, tukang paip, juruteknik dan penghantar barang mohon dibicara.

Mengikut pertuduhan, keempat-empat tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan parah menggunakan parang terhadap mangsa berusia 33 tahun di Gurney Paragon, kira-kira pukul 8 pagi, 25 Februari lalu.

Oleh itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lee Jun Keong, manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam Lim Xian Zhi.

Dalam prosiding hari ini, Jun Keong memohon mahkamah supaya tidak menawarkan jaminan memandangkan kesalahan yang dilakukan tertuduh amat serius kecuali wujud keadaan yang memerlukan jaminan diberikan.

“Mangsa bagi kes ini masih menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang. Saya difahamkan berlaku amputasi iaitu tangan sebelah kanan mangsa dipotong. Tambahan pula, kejadian bagi kes ini berlaku di tempat awam, mempunyai ramai orang dan pada waktu pagi.

“Implikasi kejadian ini bukan sahaja terhadap mangsa, tetapi terhadap keselamatan masyarakat terutama di Pulau Pinang,

“Sekiranya mahkamah berpendapat sedemikian (jaminan), pihak pendakwaan mencadangkan jaminan tinggi iaitu RM30,000 seorang berserta syarat tambahan iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, melapor diri di balai polis dan tidak dibenarkan mendekati saksi pendakwaan atau mangsa,” katanya.

Sementara itu, Xian Zhi pula merayu jumlah jaminan paling minimum atas alasan kesemua tertuduh memberi kerjasama kepada polis dan tidak melarikan diri.

Mahkamah membenarkan kesemua tertuduh diikat jaminan sebanyak RM15,000 setiap seorang dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan yang dimohon oleh pihak pendakwaan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 15 April ini.

Terdahulu, tular rakaman video memaparkan insiden seorang pemuda dipukul sekumpulan lelaki sehingga kepalanya parah, manakala tangan kanannya hampir terputus minggu lalu.

Video berdurasi 29 saat saat itu memaparkan dua lelaki bertopi keledar memukul mangsa dipercayai menggunakan senjata tajam sebelum beredar dengan membonceng motosikal.

Menerusi video lain berdurasi 17 saat, mangsa kelihatan berlumuran darah di luar sebuah premis dengan tangan terkulai akibat ditetak kumpulan suspek terbabit.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM