Blok Borneo: Abdul Karim nafi dakwaan Zaid Ibrahim, sifatkan publisiti murahan 

KUCHING – Sarawak menafikan dakwaan bahawa pembentukan ‘Blok Borneo’ bertujuan untuk mengawal pentadbiran di Semenanjung Malaysia, sebaliknya ia merupakan langkah berterusan menuntut perkongsian sumber dan kekayaan yang adil di bawah konsep federalisme.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pendirian negeri ini bukanlah untuk bersikap angkuh mahupun mendominasi politik negara.

Mengulas dakwaan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim bahawa Sabah dan Sarawak kini berada dalam kedudukan strategik untuk ‘mengawal’ Malaya, Abdul Karim menyifatkan kenyataan itu sekadar omongan kosong.

Beliau secara sinis menyifatkan kenyataan tersebut hanya datang daripada ahli politik yang sudah tewas namun masih ketandusan dan mahukan publisiti murahan.

Terdahulu, Mohd Zaid menerusi kenyataannya mendakwa perancangan politik yang dikenali sebagai Blok Borneo itu membolehkan kedua-dua negeri tersebut mengawal Semenanjung Malaysia.

Dalam perkembangan berasingan, Abdul Karim turut menyatakan sokongan penuh terhadap langkah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan menjalankan kajian mengenai penambahan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak.

Menurut beliau, penambahan kerusi tersebut adalah wajar bagi memastikan sistem perwakilan wakil rakyat kekal relevan dan selari dengan amalan sistem Westminster.

Jelasnya lagi, proses kelulusan usul penambahan kerusi tersebut di Parlimen perlulah dihormati oleh semua pihak dan tidak patut sama sekali dilengah-lengahkan atas sebarang alasan politik.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan