Laluan MRT Putrajaya terjejas angkara kecurian kabel

GANGGUAN perkhidmatan di laluan MRT Putrajaya melibatkan jajaran antara Sungai Buloh dan Damansara Damai dipercayai akibat kecurian kabel.

Rapid Rail dalam kenyataan memaklumkan, siasatan awal pasukan kejuruteraan mendapati kabel bekalan kuasa berhampiran Stesen Damansara Damai telah dipotong, sekali gus menyebabkan gangguan bekalan elektrik dan menjejaskan operasi tren.

Insiden itu mengakibatkan gangguan serius dan kerja pembaikan berskala besar dijangka diteruskan sehingga tamat waktu operasi hari ini.

Justeru, bagi mengurangkan kesan kepada penumpang, perkhidmatan alternatif telah diaktifkan. Tren dari Putrajaya Sentral kini berpatah balik di Stesen Metro Prima dengan sela masa enam minit.

Perkhidmatan shuttle turut beroperasi antara Metro Prima dan Damansara Damai pada sela masa lapan minit, manakala tren dari Kwasa Damansara berpatah balik di Damansara Damai setiap lapan minit.

Penumpang dinasihatkan menjangka tempoh menunggu lebih lama, khususnya antara Metro Prima dan Damansara Damai. Polis bantuan serta kakitangan stesen ditempatkan di platform dan ruang legar bagi membantu mengurus pergerakan penumpang.

Pengumuman jadual tren dibuat secara berkala dan orang ramai digalakkan mempertimbangkan pengangkutan alternatif untuk ke destinasi masing-masing.

Related Posts

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bermesyuarat esok – Hannah Yeoh

KUALA LUMPUR – Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan akan mengadakan mesyuarat pada Jumaat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh. Beliau mengesahkan mesyuarat itu dijadual berlangsung pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu kesihatan mental perlu dipandang serius sebelum tangisan bertukar tragedi

KUALA LUMPUR – Keperluan agar isu kesihatan mental generasi muda diberi perhatian lebih awal sebelum tekanan yang dihadapi mereka membawa kepada tragedi. Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

  • By Ezmie
  • September 11, 2026
Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka