Had tempoh PM: Pembangkang terbukti penghalang reformasi institusi

PUTRAJAYA – Wujud sikap tidak konsisten dalam kalangan pembangkang yang menghalang kemajuan reformasi institusi selepas terbukti Rang Undang-Undang (RUU) mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri gagal diluluskan di Dewan Rakyat.

Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, cadangan itu adalah satu reformasi besar yang bertujuan memodenkan sistem politik negara serta memperkukuh prinsip semak dan imbang.

“Sebelum ini, pembangkang lantang bercakap mengenai keperluan pembaharuan, integriti dan pencegahan penumpuan kuasa. Namun, apabila peluang sebenar untuk mengehadkan kuasa eksekutif dibentangkan di Parlimen, sebahagian mereka memilih untuk berkecuali.

“Malah tidak hadir atau meletakkan syarat politik yang tidak berkaitan dengan pindaan tersebut. Ini bukan pendirian prinsip, malah ini adalah percaturan politik,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Selasa.

Sementara itu, Wan Anwar menyelar pihak yang mendakwa kononnya RUU tersebut menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong yang disifatkan hujah mengelirukan.

Jelasnya, kuasa melantik Perdana Menteri kekal di bawah prerogatif Seri Paduka Baginda, manakala sokongan majoriti Dewan Rakyat tetap menjadi asas legitimasi kerajaan.

“Had tempoh hanya memastikan jawatan tertinggi eksekutif tidak dipegang tanpa batas masa yang mana selaras dengan amalan demokrasi matang di banyak negara.

“Malaysia tidak boleh terus terperangkap dalam politik lama yang mempertahankan struktur usang demi kepentingan jangka pendek,” katanya.

Sebaliknya, kata beliau, negara memerlukan sistem politik yang lebih telus, bertanggungjawab dan dinamik.

Jelasnya, tindakan menghalang reformasi bermakna mengekalkan sistem yang membenarkan penumpuan kuasa tanpa had, dan itu bukan masa depan yang dimahukan rakyat.

“Reformasi memerlukan keberanian dan kejujuran. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menunjukkan kesediaan untuk membataskan kuasa jawatan yang sedang beliau pegang.

“Yakni satu langkah yang jarang berlaku dalam politik negara. Ini adalah mesej jelas bahawa sistem perlu lebih kuat daripada individu,” katanya.

Terdahulu, Dewan Rakyat tidak meluluskan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri.

Ia sekali gus menyaksikan RUU yang pertama kali dibentang, membabitkan pindaan kepada Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan gagal dibawa untuk bacaan kali ketiga dan kemudiannya diluluskan.

RUU ini dibentang bagi bacaan kali pertama pada minggu lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Bacaan kali kedua pula dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, diikuti sesi perbahasan oleh Ahli Parlimen

Sebarang kelulusan RUU pindaan Perlembagaan Persekutuan memerlukan sekurang-kurangnya 148 sokongan Ahli Parlimen.

Related Posts

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan FELDA menyelesaikan isu berkaitan peneroka khususnya membabitkan perumahan generasi kedua dan pemilikan tanah. Perdana Menteri berkata, badan kemajuan itu perlu berusaha menyelesaikan setiap…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FELCRA agih untung interim 1 2026 RM126.9 juta

MARAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan agihan Keuntungan Boleh Agih Interim 1 Tahun 2026 FELCRA Bhd berjumlah RM126.9 juta. Ahmad Zahid berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka