Kerajaan tidak bertolak ansur penyebaran fitnah jejas ketenteraman awam

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan komitmen untuk membanteras sebarang bentuk penyebaran fitnah, tohmahan serta rujukan palsu yang sengaja digerakkan pihak tertentu sehingga boleh mengancam ketenteraman awam.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, perbuatan mencampuradukkan isu berbeza dengan niat mengelirukan rakyat adalah tidak bertanggungjawab dan bertujuan menjejaskan keyakinan terhadap usaha kerajaan.

“Berhubung isu penodaan al-Quran yang membabitkan seorang mahasiswa, individu terbabit telah ditahan polis pada 25 Februari lalu, sehari selepas kejadian itu diketahui umum.

“Tindakan segera diambil dan individu berkenaan juga sudah didakwa di mahkamah hari ini.

“Kerajaan tidak akan sesekali bertolak ansur dengan sebarang bentuk penghinaan agama Islam khususnya terhadap kitab suci al-Quran,” katanya pada taklimat media Pejabat Perdana Menteri (PMO), hari ini.

Beliau berkata, selaras dengan penegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang yang menuntut setiap kes ditangani secara adil, berlandaskan fakta dan proses perundangan yang sah.

“Keadilan hakiki menuntut proses pengadilan yang telus, bukannya penghukuman tanpa usul periksa.

“Justeru, PMO menggesa semua masyarakat agar merujuk sumber yang benar dan boleh dipercayai sebelum berkongsi sebarang maklumat serta tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk menyebarkan tohmahan yang tidak disokong fakta.

“Pada masa sama, orang ramai perlu memberi ruang kepada proses undang-undang berjalan dengan adil dan telus; serta tidak memperalat kesucian agama bagi kepentingan politik kepartian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai memanfaatkan kedatangan Ramadan untuk memperkukuh ukhuwah dan memelihara keharmonian masyarakat, selain mempertingkat amal ibadah serta menjauhi perbuatan yang boleh merosakkan kesejahteraan awam.

“Alhamdulillah, kita berada di bulan Ramadan al-Mubarak, bulan yang menuntut umat Islam untuk meningkatkan ketakwaan, kesabaran, dan memupuk semangat rahmah sesama kita.

“Semoga ibadah puasa diterima dan dipermudahkan di samping terus berusaha membawa kemakmuran yang berterusan untuk negara,” katanya.

Related Posts

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berpandangan perkembangan politik di Negeri Sembilan ketika ini mencerminkan krisis kepercayaan yang semakin serius antara kerajaan negeri, institusi raja dan perkhidmatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

HANGZHOU – Pakatan Harapan (PH) terbuka untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana parti politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keterbukaan itu penting…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

Mahfuz gesa MB Negeri Sembilan nilai semula kedudukan, pulihkan kepercayaan istana

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

PH terbuka rundingan hadapi PRN Melaka

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM

Kemelut Negeri Sembilan: MB, Exco tiada mandat pertikai kedudukan Tuanku Muhriz – PM

Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

  • By Fatin
  • September 23, 2026
Lelaki 30-an maut disyaki terkena renjatan elektrik

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

JPS digesa laksana penyelenggaraan kolam takungan secara berkala

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak

Geran interim RM1.5 bilion pemangkin pembangunan pedalaman Sarawak