Jemaah Sarawak dilapor dalam keadaan selamat di Arab Saudi

KUCHING – Pertubuhan Agensi Umrah dan Haji Sarawak (SUHA) memaklumkan semua jemaah umrah dari negeri ini berada dalam keadaan selamat susulan situasi semasa di Timur Tengah yang menimbulkan kebimbangan orang ramai.

Timbalan Pengerusinya, Ali Samson Baki berkata, SUHA mengambil maklum perkembangan terkini dan memahami kebimbangan masyarakat, khususnya di Sarawak.

Beliau berkata, ketika ini jemaah Safar Al Ghazali Travel yang juga ahli SUHA berada di Arab Saudi dalam keadaan selamat dan ibadah mereka berjalan seperti biasa.

“Beberapa agensi ahli SUHA juga dijadualkan berlepas ke Makkah dalam masa terdekat mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

“Sekiranya terdapat sebarang perubahan jadual, agensi terlibat akan berhubung secara langsung dengan bakal jemaah masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, SUHA sentiasa memantau perkembangan semasa dan berhubung dengan pihak berkaitan bagi memastikan keselamatan serta kebajikan jemaah sentiasa terpelihara.

Beliau turut menasihatkan orang ramai dan ahli keluarga jemaah supaya mendapatkan maklumat melalui saluran rasmi sahaja serta tidak mempercayai khabar angin yang tidak disahkan.

“Semoga Allah SWT sentiasa memberi rahmat dan memudahkan para duyufurrahman yang sedang dan bakal menunaikan ibadah umrah serta haji di Tanah Suci,” katanya lagi.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram