Pelajar UMPSA mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan

KUANTAN – Penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan menghina Islam dan membuat penghantaran jelik melampau di media sosial dengan niat menyakiti hati orang lain.

Bagaimanapun tertuduh, K S Vikneswaran, 21, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan hakim, Harmi Thamri Mohamad, lapor Berita Harian.

Mengikut pertuduhan pertama, penuntut terbabit didakwa mencemarkan al-Quran dengan niat hendak mengaibkan agama Islam.

Kesalahan didakwa dilakukan kira-kira jam 1.30 petang, 22 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Seri Mahkota Aman, di sini.

Pendakwaan bagi pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-dua-dua sekali.

Bagi pertuduhan kedua, Vikneswaran didakwa mengikut seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana secara membuat penghantaran komunikasi jelik melampau melalui aplikasi Threads dan lokasi serta masa sama dengan pertuduhan pertama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun dan denda hingga RM500,000 atau kedua-dua sekali.

Pendakwaan dilakukan Pengarah Pendakwaan Pahang, Sharizat Ismail dan tertuduh diwakili peguam, Mohd Rusnizam Abdullah.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan kadar jaminan RM50,000 bagi kedua-dua kes, manakala peguam tertuduh memohon kadar itu dikurangkan kepada RM10,000.

Mahkamah menetapkan 8 April depan sebagai tarikh sebutan kes dan tertuduh dibenarkan dijamin RM10,000 serta melapor diri di balai polis berhampiran kediamannya setiap bulan sehingga perbicaraan kes selesai.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan