‎Detik cemas, brek kereta api Tenom-Pangi tidak berfungsi

TENOM – Sebuah kereta api yang membawa guru-guru Sekolah Kebangsaan (SK) Pangi berdepan detik cemas apabila dilaporkan mengalami masalah brek tidak berfungsi dalam kejadian pada pagi tadi.

‎Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, beliau menerima maklumat berhubung insiden berkenaan sejurus kejadian berlaku.

‎“Saya mendapat maklumat berlakunya kejadian masalah ‘brake gagal berfungsi’ kepada kereta api yang membawa guru-guru SK Pangi, Tenom pada pagi tadi.

‎”Tindakan pantas beberapa penduduk kampung yang meletakkan troli motosikal di atas landasan berjaya memperlahankan dan seterusnya menghentikan pergerakan kereta api berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

‎Tmbahnya, tiada laporan kecederaan diterima setakat ini dan semua guru yang berada dalam kereta api itu dilaporkan selamat.

‎Jamawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, rakyat memohon agar Jabatan Keretapi Negeri Sabah menjalankan siasatan penuh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

‎“Saya memohon dan mengharapkan Jabatan Keretapi Negeri Sabah mengadakan siasatan penuh akan perkara ini dan mengambil langkah-langkah segera agar peristiwa ini tidak berulang lagi.

‎”Aspek keselamatan penumpang, khususnya guru-guru dan penduduk yang bergantung kepada perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama ke kawasan pedalaman seperti Pangi perlu diambil berat,” tegasnya.

‎Dalam pada itu, Jamawi sekali lagi menggesa agar projek pembinaan jalan raya Tenom-Pangi disegerakan bagi memastikan akses lebih selamat dan selesa kepada penduduk.

‎“Saya juga memohon pihak JKR untuk segera memulakan projek jalan raya Tenom–Pangi yang mana telah pun diluluskan oleh Ketua Menteri pada awal tahun 2025 lalu dan difahamkan kontraktor juga sudah dilantik.

‎”Pelaksanaan projek tersebut amat penting sebagai alternatif pengangkutan darat yang lebih selamat, sekali gus mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada perkhidmatan kereta api di laluan berisiko,” ujarnya.

Related Posts

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

PADANG BESAR – Seorang penjawat awam disyaki berpakat dengan saudara kandungnya untuk membuat laporan mengenai kehilangan Toyota Vellfire milik isterinya bagi membolehkan tuntutan insurans dibuat susulan masalah kewangan. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

TAWAU – Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kira-kira 210 rumah daripada musnah dalam insiden kebakaran di Kampung Titingan, pada Jumaat. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Tiada individu atasi undang-undang, prinsip kesaksamaan mesti ditegakkan – PH

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Penjawat awam didakwa rancang ‘kehilangan’ Vellfire untuk tuntut insurans

Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

  • By Fatin
  • September 18, 2026
Kepantasan bomba selamat 210 rumah daripada musnah dijilat api

Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

  • By Fandi
  • September 18, 2026
Inisiatif Tamu Desa diharap diteruskan dalam Belanjawan 2027

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

300 pelajar ambil bahagian Program STEM Camp MOSTI

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah

Harga arang batu melonjak cecah AS$148, tingkatkan kos jana elektrik – Akmal Nasrullah