Program ‘Miri Kita Sungkei Sama’ perkukuh perpaduan masyarakat majmuk

MIRI – Program ‘Miri Kita Sungkei Sama’ yang julung kali dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berlangsung dengan penuh meriah dan bermakna di Masjid An-Naim, Lutong pada Isnin.

Program tersebut menjadi simbolik kepada semangat kebersamaan, kasih sayang dan perpaduan yang menjadi asas kekuatan masyarakat majmuk di negara ini, khususnya di Miri.

Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, penganjuran program tersebut bukan sekadar majlis berbuka puasa semata-mata, malah ia merupakan medium terbaik untuk memperkukuh hubungan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama.

Menurut beliau, keunikan Malaysia terserlah apabila setiap perayaan diraikan bersama oleh seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

“Ramadan bukan sahaja mendidik umat Islam tentang kesabaran, keinsafan dan kesyukuran, malah ia membuka ruang untuk kita saling mengenali dan menghormati.

“Semangat toleransi ini perlu terus dipelihara demi memastikan negara kekal aman, ekonomi yang kukuh serta kebajikan rakyat yang sentiasa terpelihara,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut.

Dalam pada itu, Choon Man turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program berkenaan termasuk MOTAC, Pejabat Residen Miri, pihak pengurusan Masjid An-Naim serta para penaja seperti Permy Mall Miri, U.N.I Klinik, Petronita Petronas Carigali Sdn Bhd dan i-CATS University College.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun bagi mengisi program tersebut, antaranya gotong-royong memasak Bubur Pedas dan Bubur Cha Cha, ceramah Ramadan, bacaan al-Quran, persembahan qasidah serta sesi tazkirah sebelum majlis berbuka puasa berjemaah.
Kemeriahan program turut diserikan dengan penyampaian sumbangan Ramadan kepada lima buah persatuan tempatan sebagai tanda keprihatinan kepada komuniti setempat.

Beliau berharap sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban penerima sekali gus menjadi bukti tiada golongan yang dipinggirkan dalam masyarakat.

Mengakhiri ucapannya, beliau menyeru agar bulan Ramadan dijadikan medan untuk memperbaharui tekad menjadi insan yang lebih baik serta memperkukuh perpaduan demi masa depan negara yang lebih cemerlang.

Turut hadir Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Shaharuddin Abu Sohot; Residen Miri, Galong Luang; Ketua Polis Daerah Miri, ACP Farhan Lee serta Temenggong Abang Mohamed Abang Othman bersama wakil persatuan dan penduduk setempat.

Related Posts

Inspektor polis, guru wanita maut dalam nahas dua kenderaan

LENGGONG – Seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan seorang guru wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 30, Jalan Kuala Kangsar–Gerik–Pengkalan Hulu, berhampiran Restoran Tasik Raban di sini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hajiji yakin Zainudin mampu pacu transformasi pentadbiran negeri Sabah

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan watikah pelantikan kepada Datuk Zainudin Aman sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah yang baharu dalam satu majlis yang berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pas mahu jadi abang besar kuasai pengaruh, logo PN

Pas mahu jadi abang besar kuasai pengaruh, logo PN

Puad pertahan tindakan keluar UMNO, dakwa sistem pemilihan calon tidak telus

Puad pertahan tindakan keluar UMNO, dakwa sistem pemilihan calon tidak telus

Inspektor polis, guru wanita maut dalam nahas dua kenderaan

Inspektor polis, guru wanita maut dalam nahas dua kenderaan

Hajiji yakin Zainudin mampu pacu transformasi pentadbiran negeri Sabah

Hajiji yakin Zainudin mampu pacu transformasi pentadbiran negeri Sabah

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli