Miri terus diperkasa sebagai gerbang pelancongan Sarawak

MIRI – Miri terus mengorak langkah memperkukuh kedudukannya sebagai pintu masuk utama pelancongan di Sarawak menerusi pengenalan inisiatif persembahan tarian kebudayaan di Lapangan Terbang Miri.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, inisiatif tersebut melibatkan persembahan tarian alu-aluan, tarian tradisional etnik dan tarian ‘Visit Malaysia’.

Menurut beliau, persembahan itu akan diadakan setiap minggu dengan menyasarkan sambutan buat penumpang daripada kira-kira 80 hingga 90 penerbangan sebulan.

“Inisiatif ini bertujuan memberi pengalaman pertama yang hangat, meriah dan mencerminkan kekayaan budaya Miri kepada setiap pengunjung sebaik tiba di sini.

“Dalam masa sama, sesi libat urus bersama pihak berkepentingan akan dilaksanakan bagi memperkukuh sektor pelancongan tempatan, manakala promosi destinasi pelancongan utama Miri akan dipertingkatkan di lapangan terbang,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Choon Man memberitahu, Miri kini berada pada kedudukan kukuh untuk menarik lebih banyak penerbangan antarabangsa serantau memandangkan terminal lapangan terbang berkenaan sedang dinaik taraf.

Ujar beliau, kemudahan landasan sepanjang 2,745 meter di lapangan terbang tersebut juga sudah mampu mengendalikan pesawat seperti Airbus A320 Neo dan Boeing 737 Max.

“Miri mempunyai segala potensi untuk muncul sebagai hab pelancongan dan kesalinghubungan yang lebih dinamik, berdaya saing serta mesra pengunjung,” jelas beliau.

Related Posts

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

SANDAKAN – Kerajaan memberi amaran dengan mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS) untuk menjalankan aktiviti perniagaan di kawasan pelancongan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Saifuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor