SPRM keluar Notis Kesan Individu terhadap empat anak Allahyarham Tun Daim

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan Notis Kesan Individu terhadap empat anak Allahyarham Tun Daim Zainuddin susulan kegagalan mereka memberi maklum balas serta ketidakpatuhan terhadap dua notis rasmi berkaitan pengisytiharan aset.

Menurut SPRM, notis berkenaan dikeluarkan selepas tiada maklum balas diterima dan usaha menghubungi keempat-empat individu terbabit tidak berjaya setakat 26 Februari lalu.

“Pihak peguam sebelum ini memaklumkan bahawa anak guam mereka berada di luar negara dan mereka juga menghadapi masalah untuk berhubung.

“Berdasarkan maklumat terkini, SPRM percaya tiga individu berada di luar negara manakala seorang berada di dalam negara.

“Berikutan kegagalan memberi maklum balas dan ketidakpatuhan terhadap dua notis rasmi yang diserahkan, SPRM mengeluarkan Notis Kesan Individu sebagai tindakan susulan yang sah di sisi undang-undang.

“SPRM ingin menegaskan bahawa Notis Kesan Individu bukan satu bentuk hukuman atau ‘Wanted List’. Notis itu juga bukan bertujuan memalukan mana-mana pihak, sebaliknya adalah mekanisme prosedural bagi mengesan dan memastikan kehadiran membantu siasatan,” menurut kenyataan itu.

SPRM memaklumkan tindakan berkenaan diambil selepas pelbagai ruang dan tempoh munasabah diberikan, termasuk lanjutan masa sebelum ini.

“SPRM menegaskan bahawa semua individu adalah tertakluk kepada prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) dan dilayan secara adil tanpa mengira latar belakang atau kedudukan.

“Sehubungan itu, SPRM menyeru keempat-empat individu berkenaan supaya tampil hadir ke Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya dengan segera bagi membantu siasatan dan mengelakkan sebarang tindakan lanjut menurut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya.

Menurut SPRM, siasatan terhadap Allahyarham Tun Daim dan keluarganya bermula susulan pendedahan Pandora Papers pada 2021 oleh ICIJ yang mendakwa kewujudan syarikat dan aset luar pesisir dikaitkan dengan mereka serta sekutu perniagaan Allahyarham.

Maklumat itu menjadi asas kepada risikan awal sebelum kertas siasatan dibuka pada 2023.

Sepanjang tempoh Jun hingga November 2023, SPRM menyerahkan notis mengikut Seksyen 36(1)(a) dan Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 kepada Allahyarham Daim, Na’imah Abdul Khalid dan anak-anak mereka bagi tujuan pengisytiharan harta.

Dalam tempoh berkenaan, lima lanjutan masa diberikan selain notis asal bertarikh 7 Jun 2023, menjadikan keseluruhan tempoh pematuhan selama enam bulan.

Bagaimanapun, hasil semakan dan analisis mendapati masih terdapat kegagalan serta ketidakpatuhan dalam pengisytiharan beberapa aset seperti dikehendaki di bawah notis.

Susulan itu, pada 23 Januari 2024, Na’imah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009, manakala Allahyarham Daim turut dituduh atas kesalahan sama pada 29 Januari 2024.

Pada 20 November 2025, SPRM membuka enam laporan baharu mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009 terhadap beberapa individu susulan maklumat tambahan daripada agensi penguatkuasaan luar negara termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat dan Singapura.

Siasatan mendapati individu terbabit gagal mematuhi sepenuhnya keperluan notis, termasuk ketidakpatuhan dalam mengisytiharkan aset bernilai tinggi serta akaun bank.

Berikutan itu, enam kertas siasatan dibuka terhadap Na’imah, Josephine Premla Sivaretnam serta empat anak Allahyarham Daim iaitu Asnida Abdul Daim, Md Wira Dani Abdul Daim, Muhammed Amir Zainuddin Daim dan Muhammed Amin Zainuddin Daim.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 kerana didakwa gagal mengisytiharkan aset secara menyeluruh.

Pada 13 Februari 2026, Notis Menghadiri Pemeriksaan mengikut Seksyen 30(1)(a) Akta SPRM 2009 diserahkan melalui firma guaman Tetuan Zharif Nizamuddin.

SPRM turut menerima permohonan lanjutan masa daripada pihak peguam pada 16 Februari 2026 dan menetapkan 11 Mac 2026 sebagai tarikh akhir untuk penama-penama hadir ke pejabat SPRM bagi membantu siasatan.

Related Posts

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR – Kementerian Ekonomi sedia meneliti mekanisme baharu bagi meningkatkan ketelusan tawaran gaji bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara diterjemahkan kepada pulangan yang lebih adil kepada pekerja. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menerusi tulisan terbaharunya bertajuk ‘Penyelesaian Yang Gagal‘ melontarkan kritikan keras terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan. Kritikan tersebut menggambarkan Pakatan Harapan (PH) sebagai gabungan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit