Runtuhan bangunan Jalan Pahlawan diklasifikasi bencana alam – Dr Sim

SIBU – Insiden runtuhan sebuah bangunan di Jalan Pahlawan di sini kini diklasifikasikan sebagai bencana alam selepas siasatan awal mendapati kemungkinan kegagalan struktur itu berpunca daripada keadaan tanah.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, keputusan tersebut dicapai menerusi mesyuarat Kabinet negeri susulan taklimat oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Michael Tiang Ming Tee.

Jelas beliau, susulan klasifikasi baharu itu, pengurusan insiden berkenaan kini diselaraskan di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN).

“Faktor kegagalan struktur ini dipercayai berpunca daripada keadaan tanah yang tidak dapat diramal lebih awal.

“Walaupun JPBN berfungsi di peringkat negeri, operasi di lokasi akan diselaras oleh JPBN Bahagian Sibu yang dipengerusikan oleh Residen Bahagian bagi memastikan tindakan segera dan siasatan berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di lokasi kejadian di Jalan Pahlawan di sini pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Dr Sim memberitahu, kerajaan negeri akan melantik pakar teknikal bebas bagi menjalankan kajian forensik menyeluruh untuk mengenal pasti punca sebenar keruntuhan bangunan tersebut.

Tegasnya, kajian itu amat penting memandangkan implikasinya tidak terhad kepada lokasi kejadian sahaja, malah boleh memberi kesan kepada kawasan lain yang mempunyai ciri geologi tanah serupa di bandar ini.

Dalam perkembangan berasingan, beliau memaklumkan projek Pembangunan Semula Bukit Assek kini berada sepenuhnya di bawah pengurusan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (PELITA).

Menurutnya, pelan induk projek tersebut telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Perancangan Negeri dan sebuah firma perunding antarabangsa dari Denmark turut dilantik bagi memastikan kelancaran perancangan teknikal.

“Projek seluas kira-kira 815 ekar itu melibatkan pengambilan tanah, pengelasan semula kawasan sesuai dan tidak sesuai untuk pembangunan, serta pelan saliran bagi mengurangkan risiko banjir,” ujarnya.

Tambahnya, sebanyak RM30 juta telah diperuntukkan untuk khidmat perunding, manakala dana berjumlah RM500 juta disediakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi tujuan pengambilan tanah dan pembangunan semula kawasan berkenaan.

Foto: Facebook Michael Tiang

Related Posts

Gara-gara mabuk, 9 lelaki ditahan merusuh di pusat snuker

BETONG – Padah terlibat dalam pergaduhan akibat pengaruh alkohol, sembilan lelaki ditahan selepas dipercayai merusuh di sebuah pusat snuker di Pasar Debak pada Jumaat. Tangkapan itu susulan penularan sebuah video…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, akan diperkukuhkan dengan penglibatan komuniti Orang Asli bagi membantu usaha mengesan mangsa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gara-gara mabuk, 9 lelaki ditahan merusuh di pusat snuker

Gara-gara mabuk, 9 lelaki ditahan merusuh di pusat snuker

AS puji Malaysia atas peranan aktif sokong keamanan Thailand-Kemboja

AS puji Malaysia atas peranan aktif sokong keamanan Thailand-Kemboja

Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang

Pas dijangka pilih kerjasama dengan kem Hamzah, hubungan dengan Bersatu makin renggang

AS buka ruang kerjasama misil dengan Malaysia susulan sekatan Norway

AS buka ruang kerjasama misil dengan Malaysia susulan sekatan Norway

Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

Gordon sah sertai Barcelona

Gordon sah sertai Barcelona