Laporan siasatan isu saham Azam Baki dijangka dibentang minggu hadapan – Fahmi

PUTRAJAYA –  Siasatan Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dijangka menyiapkan laporan penuh siasatan dan membentangkannya kepada kerajaan pada minggu hadapan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri akan meneliti secara terperinci dapatan yang dikemukakan sebelum membuat sebarang ketetapan lanjut, termasuk mempertimbangkan cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“Berhubung isu dakwaan salah guna institusi SPRM bagi tujuan manfaat korporat, laporan polis sudah dibuat dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan segera untuk mengenal pasti mana-mana pihak yang melanggar undang-undang untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

“Jemaah Menteri sudah bersetuju bahawa isu (pemilikan saham Azam dan salah guna institusi) ini amat serius dan mengambil maklum cadangan penubuhan RCI.

“Justeru, Jemaah Menteri akan meneliti laporan jawatankuasa siasatan dan mempertimbang tindakan susulan, termasuk keperluan pelaksanaan RCI,” katanya pada sidang media mingguan di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar, telah dilantik untuk mempengerusikan Jawatankuasa Khas Siasatan yang ditubuhkan bagi meneliti isu berkenaan.

Jawatankuasa tersebut turut disertai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican.

Penubuhan jawatankuasa berkenaan adalah susulan pendedahan laporan oleh Bloomberg yang mendakwa Azam mempunyai pegangan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan rekod pemfailan korporat.

Bagaimanapun, Azam dalam sidang media sebelum ini menjelaskan bahawa pegangan saham miliknya yang dianggarkan bernilai RM800,000 dalam syarikat perkhidmatan kewangan tersebut dibuat secara telus serta mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, memaklumkan bahawa Azam telah dipanggil untuk memberikan keterangan berkaitan isu berkenaan pada 19 Februari lalu sebagai sebahagian daripada proses siasatan yang dijalankan.

Related Posts

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

KUALA LUMPUR –  Datuk Seri Jamil Khir Baharom didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas tiga pertuduhan menyebabkan Lembaga Tabung Haji (TH) melupuskan aset bernilai lebih RM860.3 juta antara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PETALING JAYA – Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas terhadap pendudukan haram Israel di wilayah Palestin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan lupus aset TH bernilai RM860.3 juta

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam