Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

KERALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar di sini sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan khidmat awam beliau dalam pelbagai bidang selama lebih lima dekad.

Pengiktirafan itu meliputi sumbangan dalam bidang keilmuan Islam, pembangunan institusi, pendidikan, kesejahteraan manusia dan dialog antarabangsa.

Anugerah julung kali itu disampaikan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad di Markazu Saquafathi Sunniya sempena Majlis ‘Gathering of Honour Prime Minister Malaysia’.

Anwar menerima plak dan manuskrip Sahih Bukhari pada majlis berkenaan.

Menurut petikan penghargaan yang dibacakan Rektor yayasan itu, Dr Roshan Nurani, sumbangan Anwar melangkaui jawatan politik, khususnya dalam usaha memelihara dan memperluas tradisi keilmuan Islam.

Beliau turut dipuji atas komitmen dan ketekunan berterusan dalam memperjuangkan pembangunan saksama, pendidikan serta dialog.

Terdahulu, sejurus tiba dari New Delhi, Anwar mengadakan pertemuan selama sejam dengan Sheikh Abubakr bagi bertukar pandangan mengenai pemerkasaan pendidikan dan komuniti, selain usaha memperkukuh persefahaman serta keharmonian antara agama.

Di Malaysia, Sheikh Abubakr yang juga Mufti Besar India ke-10 pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam bidang keilmuan dan aktiviti kemanusiaan.

Related Posts

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PETALING JAYA – Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyokong gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya masyarakat antarabangsa mengambil tindakan tegas terhadap pendudukan haram Israel di wilayah Palestin.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

TIDAK perlu menunggu keputusan daripada Perdana Menteri jika mahu mencabar Kerajaan Perpaduan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim. Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan daripada Presiden UMNO, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

PKR sokong gesaan Anwar ambil tindakan tegas terhadap Israel

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

Anwar terima Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sheikh Abu Bakar 

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

VAR bantu Manchester City tewaskan United 1-0

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan