Tidak cantik ugut-mengugut Perdana Menteri

TIDAK perlu menunggu keputusan daripada Perdana Menteri jika mahu mencabar Kerajaan Perpaduan, kata Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dilihat mendesak  Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengadakan pilihanraya awal.

“Tiga pilihan itu ialah menarik balik sokongan Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) terhadap kerajaan, menteri UMNO meletakkan jawatan daripada Kabinet atau mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri apabila persidangan Parlimen bermula 5 Oktober ini,” katanya, seperti dipetik berita tempatan.

Katanya, semua pilihan itu mempunyai saluran di Parlimen dan tidak memerlukan Ahmad Zahid menunggu keputusan Anwar untuk memecat menteri UMNO atau menyingkirkan parti itu daripada kerajaan sekarang.

“Kerajaan Perpaduan ini bukanlah satu gabungan rasmi sebaliknya ia longgar dan bila-bila masa boleh tarik diri.

Dalam masa sama, Anwar ialah orang yang mengenang budi UMNO dan tidak sampai hati untuk memecat menteri UMNO atau menyingkirkan parti itu.

“Tidak cantik ugut-mengugut, cabar-mencabar di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 kerana rakyat melihat… jadi seeloknya ambil contoh seperti Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli yang meletakkan jawatannya sendiri.

“Betullah Ahmad Zahid akan berkokok di hadapan tiga juta anggota UMNO, tapi jangan lupa negara ada 33 juta rakyat,” katanya lagi.

Kelmarin media melaporkan UMNO memberi kata dua kepada Kerajaan Perpaduan sama ada meraih semula mandat melalui Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) atau menyingkirkan parti itu secara rasmi.

Ahmad Zahid berkata, gesaan itu dibuat selepas mengambil kira desakan supaya UMNO tidak lagi menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, UMNO dalam sidang media selepas itu berkata akan terus bersama Kerajaan Perpaduan sehingga akhir penggal selaras dengan resolusi yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO.

“Kita akan terus bersama-sama Kerajaan Perpaduan Malaysia yang ada ini hingga akhir penggal. Kita pun tidak tahu bila akhir penggal,” katanya.

Related Posts

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyasarkan pencapaian lebih besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk meningkatkan jumlah kerusi Parlimen yang dimenangi bagi mengukuhkan suara dan kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills