PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

KERALAM (INDIA) – Kestabilan Kerajaan Perpaduan terus menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani perbezaan pandangan berhubung kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.

Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, pendekatan sederhana perlu diambil dalam menguruskan perbezaan berkenaan bagi mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan kerajaan serta membawa kerugian kepada negara.

“Saya memilih jalan yang agak sederhana kerana yang penting, kerajaan harus stabil kerana kalau tidak, banyak kerugian untuk negara kita.

“Jadi, bagi saya itu yang penting dan saya lihat umpamanya itu juga suara yang kita dengar termasuk daripada UMNO,” katanya pada sidang akhbar bersama media Malaysia di Calicut, di sini, sebelum mengakhiri lawatan kerja ke India, hari ini.

Beliau berkata, perbezaan pandangan dalam kalangan parti yang membentuk kerajaan adalah perkara biasa dan tidak semestinya menggambarkan wujudnya masalah dalam kerjasama antara parti.

Menurut Anwar, pandangan berbeza turut disuarakan rakan dalam PH, namun perkara itu perlu dilihat dalam konteks dinamika sesebuah gabungan politik.

“Kita dengar semua tetapi daripada pengetahuan saya, saya tidak lihat ada masalah… ada yang kecil-kecil dan biasa… ini dalam rumah tanggapun ada masalah sedikit, ini (pula) dengan panglima-panglima, tentulah ada,” kata beliau.

Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa isu yang dibangkitkan pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 baru-baru ini.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

LABUAN – Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada terhadap kemungkinan penyebaran berita palsu dan grafik dimanipulasi menggunakan gambar serta logo organisasi media susulan pembentangan Belanjawan 2027.‎‎Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun