21 kes tibi di Perlis masih terkawal

ARAU – Sebanyak 21 kes tuberkulosis (tibi) direkodkan di Perlis sejak Januari lalu namun keadaan masih terkawal.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ghazali Chik berkata, pelbagai langkah pencegahan terus dilaksanakan termasuk advokasi di bazar Ramadan di seluruh negeri ini bagi mengelak penularan penyakit tersebut.

“Jumlah kes semasa ketika ini masih terkawal dan kita memang sentiasa menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan yang dilaksanakan oleh pejabat kesihatan daerah serta klinik kesihatan.

“Jabatan Kesihatan negeri turut melaksanakan langkah kawalan secara berterusan melalui pejabat kesihatan daerah serta klinik kesihatan dalam memastikan penularan penyakit berjangkit itu dibendung,” katanya di sini semasa sesi tinjauan serta promosi pengurusan dan keselamatan makanan di Arau semalam.

Menurut beliau, tibi merupakan penyakit berjangkit disebabkan oleh bakteria Mycobacterium Tuberculosis dan boleh merebak melalui udara khususnya apabila seseorang terdedah dalam tempoh lama dengan pesakit.

“Individu yang mengalami gejala seperti batuk berpanjangan, penurunan berat badan dan kurang selera makan dinasihatkan supaya segera mendapatkan pemeriksaan di klinik kesihatan bagi menjalani ujian lanjut termasuk pemeriksaan kahak dan sinar X.

“Pengesanan awal dan rawatan segera amat penting bagi mengelakkan komplikasi serta mengurangkan risiko jangkitan khususnya kepada individu lain dalam komuniti,” ujarnya.

Katanya lagi, kebanyakan kes jangkitan penyakit itu melibatkan golongan rentan termasuk mereka yang mempunyai penyakit kronik serta kencing manis.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan