Warga emas dilaporkan hilang di Sungai Limbang

LIMBANG – lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar membaiki perahunya di Kuala Sungai Limbang, Kampung Long Napir pada Rabu.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Limbang, PBK I Mazrom Ampahon berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian daripada DCC IPD Limbang pada jam 12.25 tengah malam.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diaktifkan pada jam 7 pagi Khamis dengan jarak perjalanan ke lokasi mengambil masa kira-kira lima jam melalui jalan darat jenis gravel.

“Maklumat kejadian telah dimaklumkan kepada Ketua Zon 7 dan Pegawai Operasi Zon (POZ) 7 untuk tindakan lanjut. Operasi akan digerakkan sebaik pasukan tiba di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa dikenali sebagai Hendry Sian Tama Sian, 64, dikatakan keluar ke sungai sekitar jam 9 pagi untuk membaiki perahunya yang mengalami kerosakan.

Menurut laporan awal, mangsa kali terakhir dilihat sekitar jam 11.30 pagi oleh penduduk kampung yang sempat berbual dengannya ketika dia sedang membaiki perahu di tepi sungai.

Bagaimanapun, pada jam 4 petang, dua penduduk kampung yang keluar menjala ikan menemui sebuah perahu dalam keadaan terbalik di kawasan tengah sungai berhampiran Kuala Sungai Limbang dan dipercayai milik mangsa.

Penduduk kampung kemudian menjalankan pencarian menggunakan dua perahu ke arah hilir sungai bermula jam 5.30 petang, namun usaha tersebut gagal menemui mangsa sebelum ditamatkan pada jam 7.30 malam.

Sehingga berita ini ditulis, mangsa masih belum ditemui dan operasi SAR sedang dijalankan.

Related Posts

BMW dipandu warga asing tanpa lesen sah disita JPJ

ARAU – Sebuah kereta mewah jenis BMW 523i E60 yang dipandu seorang lelaki warga asing disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis selepas dikesan melakukan beberapa kesalahan jalan raya, semalam. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JIM Perlis gempur Arau, Beseri dan Kangar, 11 warga Bangladesh dicekup

KANGAR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perlis menggempur beberapa lokasi di Arau, Beseri dan Kangar sebelum menahan 11 lelaki warga Bangladesh dalam Operasi Mega Bersepadu (Ops Mega) yang dilaksanakan serentak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

Kerajaan jamin bekalan makanan negara mencukupi, stok beras tahan enam bulan

Kerajaan jamin bekalan makanan negara mencukupi, stok beras tahan enam bulan

Lebih 219,000 pemegang kad UNHCR berdaftar, kerajaan perketat pengurusan pelarian

Lebih 219,000 pemegang kad UNHCR berdaftar, kerajaan perketat pengurusan pelarian

SPRM kemuka enam syor perkukuh tatakelola bantuan rumah ibadat bukan Islam

SPRM kemuka enam syor perkukuh tatakelola bantuan rumah ibadat bukan Islam

Enam tahun pertahan prinsip, Syed Saddiq akhiri perjuangan di mahkamah dengan pembebasan penuh

Enam tahun pertahan prinsip, Syed Saddiq akhiri perjuangan di mahkamah dengan pembebasan penuh