EU gesa sekatan bantuan Gaza dilonggarkan segera

PESURUHJAYA Eropah bagi Kesaksamaan dan Pengurusan Krisis, Hadja Lahbib, menyifatkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika ini masih berada pada tahap yang sangat kritikal dan hanya memasuki wilayah itu “setitis demi setitis”.

Beliau menegaskan keperluan mendesak untuk memperluas akses melalui lintasan Rafah, selain menggesa pengurangan sekatan terhadap barangan kegunaan dwi-fungsi serta pemberian akses lebih luas kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang beroperasi di lapangan.

“Pintu sempadan memang dibuka, namun ia masih belum mencukupi,” katanya ketika ditemui di luar mesyuarat Majlis Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah (EU), semalam, lapor Anadolu.

Menurut Lahbib, serangan udara yang berterusan setiap hari mengakibatkan angka kematian dan kecederaan dalam kalangan orang awam terus meningkat, sekali gus menyukarkan pelaksanaan fasa pertama bantuan.

“Fasa pertama masih belum dilaksanakan sepenuhnya. Justeru, kita perlu menumpukan usaha untuk melengkapkan fasa ini sebelum membincangkan fasa kedua,” jelas beliau.

Mengulas mengenai risiko yang dihadapi kakitangan misi bantuan, beliau mendedahkan bahawa seramai 600 pekerja kemanusiaan telah terkorban setakat ini. Tegasnya, operasi bantuan tidak akan mampu mengurangkan penderitaan penduduk tanpa akses kemanusiaan tanpa sekatan.

  • Related Posts

    Harga minyak dunia lepasi AS$100 setong

    NEW YORK – Harga minyak dunia melonjak melepasi paras AS$100 setong pada Khamis, mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh hampir dua bulan selepas kumpulan Houthi di Yaman mengumumkan serangan ke atas…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Trump rancang tarif baharu ke atas 60 negara, perang perdagangan dijangka memuncak

    ISTANBUL – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan sedang bersiap sedia memperkenalkan pusingan baharu tarif import terhadap kira-kira 60 negara seawal minggu ini, sekali gus berpotensi meningkatkan semula ketegangan…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

    Media terus jadi rakan strategik sebar aspirasi SMJ 2.0

    PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

    PRN Negeri Sembilan: 14 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka

    Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

    Bersatu bakal digugurkan, serah kepada Majlis Tertinggi PN – Samsuri

    Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

    Pas ubah naratif demi politik? Kritikan Zuliadin cetus persoalan tentang konsistensi perjuangan

    RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

    RTB perlu segera, diperbanyak tangani banjir berulang

    Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang

    Isu elektrik, telekomunikasi Orang Asli jadi keutamaan calon PH Pertang