RM150,000 ganja ‘terdampar’ di pantai Kuala Perlis

KUALA PERLIS – Sebanyak 49 ketulan ganja bernilai kira-kira RM150,000 ditemukan ‘terdampar’ di kawasan pantai berhampiran sempadan Malaysia–Thailand awal pagi Ahad.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, rampasan dilakukan kira-kira pukul 2.05 pagi ketika air berada pada paras pasang.

“Lokasi itu mempunyai tembok dan dikenal pasti sebagai ‘landing point’ yang dipercayai menjadi tempat pengambilan oleh pihak tertentu.

“Dalam tempoh lima tahun lalu, sebanyak 11 kes dikesan di lokasi sama dan ini merupakan kes pertama bagi tahun ini,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin .

Menurut beliau, sebaik menerima maklumat risikan, pihaknya segera ke lokasi dan terserempak dengan sebuah bot dipercayai dinaiki seorang atau dua individu.

Bagaimanapun, suspek berjaya meloloskan diri ke arah sempadan Thailand.

“Kita percaya proses pengambilan di darat melibatkan individu lain yang menunggu sebelum membawa keluar bekalan tersebut.

“Lokasi kejadian kurang dua kilometer dari sempadan negara dan dipercayai menggunakan bot jenis ekor biawak yang hanya bergerak dalam kawasan terhad serta tidak pergi jauh dari pantai,” ujarnya.

Tambahnya, modus operandi sindiket adalah bergerak dalam keadaan gelap dengan kru bot minimum selain menyamarkan bungkusan tersebut agar kelihatan seperti sampah hanyut bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

Anggaran nilai rampasan itu sekitar RM150,000 berdasarkan harga pasaran RM3,000 sekilogram dan dipercayai boleh digunakan oleh lebih 30,000 penagih tempatan.

Related Posts

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

KOTA KINABALU – Umat Islam di negeri ini diseru agar menjadikan sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anakandanya, Nabi Ismail AS sebagai iktibar yang sentiasa dihayati dalam menghadapi cabaran kehidupan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

KUANTAN – Seluruh rakyat khususnya orang Melayu dan umat Islam di negara ini diseru memelihara perpaduan dan mengelakkan sebarang perpecahan yang boleh meretakkan keharmonian masyarakat. Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir

Unduk Ngadau Kaamatan 2026 tampil pembaharuan, 53 finalis rebut gelaran di pentas akhir

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan terus santuni rakyat, 100 penduduk Kanowit ceria terima sumbangan Gawai

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran

Kerajaan salur RM3.018 juta bangunkan semula penempatan mangsa kebakaran Rantau Kiran