Exco Terengganu didakwa salah guna kedudukan dapatkan suapan untuk 2 anak

​KUALA TERENGGANU – Exco Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Mat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan suapan membabitkan dua anaknya.

​Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha, di sini hari ini, lapor Sinar Harian.

​Mengikut pertuduhan pertama, Hanafiah didakwa menggunakan kedudukannya sebagai pegawai badan awam iaitu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Pengerusi Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd untuk mendapatkan suapan bagi anak kandungnya, Mohd Najmi Hanafiah.

​Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 15 Ogos 2018 di Pejabat EPIC Berhad, Tingkat 2, Bangunan Annexxe, Pangkalan Bekalan Kemaman, Teluk Kalong.

​Bagi pertuduhan kedua, tertuduh – yang mempunyai dua isteri dan 13 anak – didakwa melakukan kesalahan serupa untuk mendapatkan suapan bagi seorang lagi anak kandungnya, Ahmad Kamil Hanafiah pada 18 Jun 2020 di lokasi sama.

​Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24(1) akta sama.

​Sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

​Mahkamah membenarkan Hanafiah diikat jamin RM30,000 dan mengenakan syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri ke pejabat SPRM Terengganu setiap bulan selewat-lewatnya pada 5 hari bulan sehingga kes selesai.

​Bagaimanapun, mahkamah tidak mengarahkan pasport tertuduh diserahkan, namun pihak pendakwaan boleh mengemukakan permohonan mengambil pasport sekiranya tertuduh gagal hadir ke mahkamah pada mana-mana tarikh perbicaraan.

​Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Rabiatul Addawiyah Mohd Noorlee manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Fadly Hashim.

​Mahkamah menetapkan 12 April sebagai tarikh sebutan semula kes.

Related Posts

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mencabar Perdana Menteri menjawab persoalan berkaitan integriti dan beberapa isu yang didakwa masih belum mendapat penjelasan tuntas. Akmal berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO

Wakil rakyat tidak jalankan tugas jejas kredibiliti parti – Pemuda UMNO