Amyza Aznan hilang permata hati, peminat turut bersedih

TIADA kesakitan yang lebih memeritkan bagi seorang ibu selain terpaksa merelakan pemergian anak yang dikandung dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang.

Itulah ujian berat yang sedang ditanggung pelakon, Amyza Aznan apabila anak tercintanya, Andre Mikhail disahkan meninggal dunia malam tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.30 malam di Hospital Kuala Lumpur selepas setahun berjuang melawan kanser paru-paru, satu tempoh yang dipenuhi harapan, doa dan air mata.

Lebih meruntun hati, tangisannya di saat melepaskan kucupan terakhir buat sang anak sebelum dikebumikan turut meninggalkan kesan yang mendalam terhadap banyak pihak.

Detik itu membuka mata ramai pihak bagaimana seorang ibu melepaskan anaknya buat selama-lamanya bukan sekadar kehilangan, tetapi seolah-olah sebahagian daripada jiwanya turut pergi bersama.

Pemergian itu tidak putus-putus diiringi doa dan harapan agar pelakon itu diberikan kekuatan untuk mengharungi kehidupan selepas kehilangan insan tersayang.

“Semoga kak Amyza terus diberi kekuatan. Kita orang luar ini pun menangis tak henti setiap kali tengok video. Kehilangan seorang anak yang terlalu kita sayang Allahuakbar terlalu sakit.

“Pemergian di bulan Ramadan bulan yang mulia. Semoga kita juga dikurniakan pengakhiran yang baik,” kongsi Anzalna Nasir di Threads.

“Seorang ibu itu akan rapuh apabila anaknya diambil atau dipisahkan. Ibu yang sekuat mana hatinya akan luluh. Dalam hatinya Allah saja yang tahu. Sungguh pun kita tahu dia nampak kuat. Seorang ibu itu memang kuat,” komen Nourul Depp di Instagram.

“Ya Allah, kurniakanlah kekuatan dan kesabaran yang luar biasa buat kak Amyza sekeluarga. Semoga Allah tempatkan anakanda di kalangan para solihin,” kata Siti Nordiana.

Difahamkan, jenazah Andre Mikhail telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana kira-kira pukul 10.40 pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur sekitar 10.30 malam semalam selepas setahun melawan kanser paru-paru.

Tidak terhenti di situ, kehidupan Amyza juga terus teruji selepas pelakon itu memaklumkan anak keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang.

Related Posts

Sepilok Jazz 2026 berpotensi angkat Sandakan sebagai destinasi pelancongan antarabangsa

SANDAKAN – Festival Sepilok Jazz 2026 dilihat berpotensi menjadi antara produk pelancongan antarabangsa yang mampu mengangkat nama daerah ini sebagai destinasi pelancongan berasaskan muzik, budaya dan alam semula jadi. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKL, CIMB anjur konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka
  • AdenAden
  • August 26, 2026

KUALA LUMPUR – Kemeriahan sambutan konsert Ambang Merdeka 2026 di Dataran Merdeka di sini bakal menghimpulkan barisan artis dan pengiat seni tanah air pada jam 8 malam, 30 Ogos ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar