KWSP umum dividen 2025 Sabtu ini

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan kadar dividen bagi tahun 2025 Sabtu ini.

Ia berdasarkan jemputan media dikeluarkan KWSP yang menyatakan akan mengadakan taklimat mengenai dividen 2025 pada 28 Februari 2026.

Menurut laporan Berita Harian baru-baru ini, KWSP dijangka mengagihkan dividen 2025 sekitar 5.8 hingga 6.3 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 5.5 hingga 6.0 peratus bagi Simpanan Shariah.

Perunding Kanan Global Asia Consulting, Samirul Ariff Othman berkata, jangkaan itu sejajar dengan prestasi pendapatan pelaburan sembilan bulan pertama yang kukuh, namun masih tertakluk kepada disiplin realisasi keuntungan dan keperluan rizab jangka panjang dana persaraan itu.

Katanya, kadar jangkaan itu juga adalah munasabah berdasarkan prestasi sembilan bulan serta pendekatan tadbir urus KWSP yang menitikberatkan kelestarian dana.

Sementara itu, dalam satu laporan media, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjangkakan KWSP akan mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025.

Beliau berkata, berdasarkan prestasi KWSP bagi tempoh sembilan bulan 2025, yang merekodkan peningkatan 11 peratus dalam pendapatan pelaburan kasar, dana persaraan itu kekal berada pada landasan untuk pembayaran dividen yang memberangsangkan bagi tahun berkenaan.

KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM63.99 bilion bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2025, meningkat 11 peratus berbanding RM57.57 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun 2024.

Jumlah pendapatan pelaburan bagi suku ketiga berakhir 30 September 2025 adalah sebanyak RM25.07 bilion, meningkat 27 peratus berbanding RM19.67 bilion pada suku yang sama tahun sebelumnya.

KWSP telah mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 6.30 peratus bagi Simpanan Shariah bagi 2024.

Related Posts

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

UMNO perlu berani membersihkan namanya daripada sebarang persoalan yang timbul susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji sekiranya benar-benar mahu mendapatkan mandat baharu daripada rakyat pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak