Operasi SAR tamat, mayat mangsa bot karam berjaya ditemukan

BETONG – Selepas beberapa hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan, seorang lelaki yang hilang akibat bot laju dinaikinya karam di Kampung Tisak Ulu akhirnya ditemui lemas pagi tadi.

Mangsa, Denickles Lesen, 20, ditemukan pasukan SAR pada kira-kira 10.50 pagi, kira-kira 15 kilometer dari Pos Kawalan Bomba (PKB) yang didirikan berhampiran lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan identiti mangsa telah disahkan oleh ahli keluarga yang berada di lokasi.

Menurutnya, sebaik mayat ditemukan, ia diserahkan kepada pihak polis sekitar jam 11 pagi untuk tindakan lanjut. Pada jam 11.30 pagi, mayat mangsa tiba di jeti Tisak Ulu sebelum dibawa ke Hospital Sri Aman melalui laluan sungai bagi proses bedah siasat.

Terdahulu, PGO menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 4.20 petang Rabu lalu. Susulan itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong segera digerakkan ke lokasi untuk menjalankan operasi SAR.

Berdasarkan maklumat saksi, insiden berlaku ketika mangsa sedang menguji sebuah bot laju di sungai berkenaan. Bot tersebut dilaporkan karam secara tiba-tiba menyebabkan mangsa tercampak ke dalam air.

Saksi memaklumkan mangsa dilihat terkapai-kapai sebelum hilang dari pandangan, sekali gus mencetuskan operasi pencarian sehingga mayatnya ditemui hari ini.

Related Posts

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

GOPENG – Program MADANI Kita (PMK) 2026 bukan sekadar platform menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan, sebaliknya menjadi medan memperkukuh komunikasi dua hala dengan memberi ruang kepada rakyat menyuarakan pandangan, mengemukakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

BAYAN BARU – Program MADANI Kita (PMK) menjadi antara platform kerajaan untuk mendekati rakyat secara langsung menerusi pendekatan melihat, mendengar dan bertindak terhadap keperluan komuniti setempat. Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi