Bubar bahagian Bersatu hanyalah gimik politik, ahli tiada kuasa

PUTRAJAYA – Pengumuman pembubaran oleh kepimpinan bahagian Bersatu disifatkan lebih bersifat gimik politik yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam mewujudkan persepsi negatif terhadap parti.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Jasri Jamaludin berkata, di bawah perlembagaan Bersatu, kuasa membubarkan sesuatu bahagian bukan terletak pada jawatankuasa bahagian secara sebelah pihak.

Sebaliknya, ujar beliau yang juga Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Pahang, kuasa itu terletak secara jelas di tangan kepimpinan pusat.

“Jika ada segelintir pimpinan bahagian merasakan mereka boleh melemahkan parti melalui tindakan keluar beramai-ramai atau mengisytiharkan pembubaran, mereka sebenarnya tersilap.

“Sesebuah bahagian bukanlah milik peribadi pemegang jawatannya. Ia adalah sebahagian daripada struktur organisasi yang tertakluk kepada perlembagaan dan disiplin parti,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Sejak krisis dalaman Bersatu mencapai kemuncaknya dengan pemecatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainudin, lebih 20 bahagian Bersatu di seluruh negara mengumumkan pembubaran masing-masing.

Sementara itu, Jasri berkata, tindakan pihak yang mengumumkan pembubaran bahagian itu turut memberi kelebihan kepada Bersatu.

“Ini kerana, apabila pemimpin yang degil dan tamak memilih untuk keluar atau bertindak di luar batas perlembagaan, mereka secara tidak langsung menyingkirkan diri sendiri.

“Keadaan itu, membuka ruang kepada proses pembersihan dalaman yang membolehkan parti diisi semula oleh individu yang lebih komited kepada disiplin dan perpaduan,” katanya.

Sementara itu, tambahnya, pengumuman pembubaran bahagian juga lazimnya datang daripada kelompok pimpinan yang selari dengan kepentingan puak tertentu, termasuk mereka yang dikaitkan dengan Hamzah dan para penyokong setianya.

Namun di peringkat akar umbi, jelasnya, ramai ahli biasa tidak semestinya merestui tindakan yang membelakangi perlembagaan parti itu.

“Kesetiaan mereka lebih tertumpu kepada perjuangan dan kelangsungan parti, bukannya kepada percaturan politik individu.

“Dalam politik, perpaduan yang dibina atas dasar disiplin dan kepatuhan kepada perlembagaan jauh lebih kuat daripada perpaduan yang berasaskan kepentingan sementara.

“Jika ada yang memilih untuk menyanggah dan beredar, parti boleh terus mara tanpa mereka,” katanya.

Related Posts

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

KERALAM (INDIA) – Kestabilan Kerajaan Perpaduan terus menjadi keutamaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menangani perbezaan pandangan berhubung kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan UMNO. Anwar yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

Anwar tegaskan Malaysia tidak jadi laluan kargo sokong operasi ketenteraan Israel

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

AMK Miri tuntut UMNO bertanggungjawab, tidak normalisasi penghinaan agama

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang