Sumbangan limau lambang keharmonian kaum di Balingian

BALINGIAN – Semangat perpaduan jelas terserlah apabila sebanyak 80 kotak limau telah diagihkan kepada penduduk di sini sempena sambutan Tahun Baharu Cina, pada Selasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian, Abdul Yakub Arbi berkata, sumbangan limau yang sinonim dengan simbol kemakmuran dan kesejahteraan itu bukan sekadar tradisi perayaan, malah menjadi lambang keharmonian masyarakat berbilang kaum.

“Sumbangan ini bukan hanya sekadar pemberian sempena perayaan, tetapi sebagai lambang perpaduan dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Balingian,” katanya ketika ditemui media.

Menurutnya, amalan berkongsi rezeki dan saling menghormati antara kaum perlu terus dipupuk bagi memastikan keharmonian dan kestabilan masyarakat sentiasa terpelihara.

“Sambutan perayaan seperti Tahun Baharu Cina juga menjadi platform penting untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, selain memperkukuh semangat muhibah dalam komuniti”, tambahnya.

Turut hadir ialah ADUN Tellian, Royston Valentine, Ketua Masyarakat Cina Balingian, Penghulu Chan Kai Huan dan Kapitan Kueh Bing Chuan.

Terdahulu, Abdul Yakub bersama Royston dan Pegawai Daerah Mukah, Peleadzman Ahip turut mengunjungi beberapa kediaman penduduk di sekitar bandar Mukah bagi menyantuni masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan sempena perayaan tersebut.

Abdul Yakub berharap sumbangan itu dapat menceriakan sambutan Tahun Baharu Cina penduduk, selain terus memperkukuh keharmonian yang menjadi kekuatan utama masyarakat di Sarawak.

Related Posts

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

TAPAH – Seorang lelaki tempatan cedera selepas ditembak ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bidor Sentral, Bidor, pada petang Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 6.08 petang itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perebutan perniagaan ‘topup’ judi dalam talian punca kedai serbaneka dibakar

KUCHING – Insiden khianat membaling api dan membakar kedai serbaneka di Sarawak disahkan berpunca daripada perebutan perniagaan yang mempunyai kaitan dengan aktiviti penjualan tambah nilai (top-up) bagi perjudian dalam talian.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

Belanjawan 2027 pemangkin ekonomi bernilai tinggi