Bazar Ramadan di Sabah Trade Centre bermula esok

KOTA KINABALU – Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick menyampaikan sumbangan kanopi kepada 30 penjaja dan peniaga kecil di Bazar Ramadan Sabah Trade Centre (STC), Likas.

Beliau berkata, sumbangan itu merupakan sokongan berterusan kementeriannya kepada para peniaga kecil di negeri ini.

“Saya berharap Bazar Ramadan STC ini memberi berkat rezeki kepada semua usahawan dan menjadi peluang kepada peniaga kecil untuk menjana pendapatan sepanjang bulan Ramadan.

“Kementerian sentiasa komited bukan sahaja dalam mengurus pelaburan industri berskala besar, malah turut memberi perhatian kepada pembangunan usahawan kecil dan mikro di negeri ini,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan upacara ringkas perasmian tapak Bazar Ramadan STC serta penyampaian kanopi kepada 30 usahawan kecil yang juga ahli Persatuan Usahawan Penjaja dan Peniaga Kecil Kota Kinabalu (PUPPKKK) di sini, hari ini.

Mengenai pembangunan di kawasan itu, Ewon berkata, kementeriannya telah menerima beberapa cadangan pembangunan semula STC.

“Namun, kita akan meneliti dan menetapkan cadangan terbaik untuk diangkat ke perbincangan Kabinet sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“Sebagai langkah interim Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) selaku pemilik tanah telah menandatangani perjanjian dengan POIC Sabah, sebuah agensi di bawah MINDET, untuk menyelenggara dan mengurus Sabah Trade Centre serta kawasan sekitarnya sehingga diputuskan sebaliknya oleh Kabinet Negeri Sabah,” kongsinya.

Dalam pada itu, PUPPKKK diberi kebenaran untuk menjalankan Bazar Ramadan serta aktiviti perniagaan pada waktu malam di kawasan parkir yang ditetapkan.

“Tidak semua kawasan tempat letak kereta akan digunakan memandangkan ia turut menjadi kemudahan kepada penjawat awam pada waktu bekerja serta penghuni dan pengunjung premis berhampiran,” kata Ewon

“Terdapat keperluan untuk menaik taraf kemudahan sedia ada termasuk membaiki jalan dan laluan, selain penyelenggaraan kawasan dan parkir demi keselesaan peniaga serta pengunjung,” jelasnya.

Turut hadir, Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Thomas Logijjin; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan POIC, Datuk Fredian Gan; Pengarah DIDR, Siti Nur’ain Abdullah dan Pengerusi Persatuan Usahawan Penjaja Peniaga Kecil Daerah Kota Kinabalu, Ramzih Ruzin.

Related Posts

Pendidikan kesihatan perlu bermula pada usia muda – Siti Suryani

Oleh: Eveline B & Nana Mohamad SIBU – Pendidikan kesihatan perlu dipupuk sejak usia muda bagi membentuk generasi yang berilmu serta mengamalkan budaya hidup sihat sehingga ke alam dewasa. Penolong…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

TAPAH – Seorang lelaki tempatan cedera selepas ditembak ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Bidor Sentral, Bidor, pada petang Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 6.08 petang itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMKS dikecualikan daripada kadar gaji minimum baharu

PMKS dikecualikan daripada kadar gaji minimum baharu

Pendidikan kesihatan perlu bermula pada usia muda – Siti Suryani

Pendidikan kesihatan perlu bermula pada usia muda – Siti Suryani

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Lelaki cedera ditembak ketika isi minyak

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Mahkamah Tinggi tangguh semakan kes Yayasan Akalbudi

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

Pas guna ‘delay tactic’ lengahkan penjelasan kepada RoS, dakwa Tun Faisal

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar

RM11.1 bilion projek Terengganu: Kerajaan negeri perlu perjelas status, manfaat sebenar