Tahun Baharu Cina: PM seru rakyat utamakan perpaduan, ketepikan perbezaan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat agar mengetepikan perbezaan dan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh perpaduan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

“Jangan sibuk soal-soal lain… nantilah, sabar. Hari ini kita fokus kepada semangat rakyat bersama satu sama lain.

“Hari ini hari yang patut tumpukan kepada semangat perpaduan sewaktu sambutan Tahun Baharu Cina. Itu yang penting sekarang,” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Malaysian Chinese Association (MCA) di Wisma MCA, di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; serta bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada soalan mengenai tindakan terhadap Ahli Parlimen Pandan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli yang membangkitkan beberapa isu melibatkan kerajaan, termasuk perkara berkaitan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Terdahulu, Anwar tiba di Wisma MCA dan disambut Ka Siong sebelum menyampaikan ucapan.

Dalam ucapannya, beliau menyifatkan Tahun Kuda sebagai lambang kekuatan dan momentum baharu yang mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Tahun Kuda menjadi tahun berapi yang memacu pertumbuhan yang lebih hebat, yang menjadi simbol kencang, bertenaga hebat dan mudah-mudahan memberi prestasi ekonomi yang lebih baik pada tahun ini,” katanya.

Majlis berkenaan dihadiri lebih 1,000 tetamu daripada pelbagai kaum yang turut menikmati hidangan yang disediakan dalam suasana muhibah.

Related Posts

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

PEMANSUHAN Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disifatkan sebagai realisasi perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sejak beliau menjadi aktivis mahasiswa. Penganalisis politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai laporan audit Tabung Haji (TH) perlu diperjelaskan secara menyeluruh bagi mengelakkan kekeliruan dan manipulasi politik berhubung penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), kata Datuk Dr Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Pegawai Daerah perlu proaktif, berani ambil pendekatan baharu – Hajiji

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Hampir RM1 bilion diperuntukkan untuk tiga sektor utama Sabah

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Pemansuhan AUKU realisasi perjuangan Anwar sejak zaman mahasiswa

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

Puad persoal ‘Sijil Audit Bersih’ TH ketika laporan 2017 ada EOM

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

MPAJ keluarkan 24 kompaun dalam operasi cegah denggi

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian

Kasihnya Warisan rangkul RM10,000, dinobat Raja Sungai Pesta N58 Balingian