Ramadan 1447H: Umat Islam di Malaysia mula berpuasa Khamis

UMAT Islam di Malaysia dijadual mula berpuasa pada Khamis, 19 Februari, menurut pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Beliau berkata, tarikh permulaan puasa bagi semua negeri ditetapkan mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman rasmi itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, 12 Februari lalu bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah telah ditetapkan sebagai tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menentukan permulaan puasa umat Islam di Malaysia.

Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa kaedah penetapan awal Ramadan dilakukan melalui gabungan rukyah (pemerhatian anak bulan) dan hisab (pengiraan).

Proses melihat anak bulan dijalankan di 29 lokasi seluruh negara termasuk Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail di Pontian, Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka; Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; serta beberapa lokasi di Selangor seperti Bukit Melawati, Kuala Selangor, Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor di Sabak Bernam.

Di Perak, anak bulan diperhatikan di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjung, manakala di Pulau Pinang ia dilakukan di Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh.

Di Kedah, lokasi pemerhatian termasuk Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi; dan Menara Alor Setar.

Sementara di Terengganu, pemerhatian dilakukan di Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; serta Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Mukim Merang, Setiu.

Di Kelantan, anak bulan diperhatikan di Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai; dan Menara Bangunan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (SEDC), Jalan Tengku Putra Semerak, Kota Bharu.

Di Sarawak, lokasi pemerhatian termasuk Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Bintulu, manakala di Sabah ia dilakukan di Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan.

Di Pahang pula, anak bulan diperhatikan di Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Gunung Berincang, Cameron Highlands serta Menara Kuantan 188.

Selain itu, beberapa lokasi utama turut dijadikan pusat cerapan anak bulan seperti Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Menara Pandang dan Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.

Related Posts

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

KUALA LUMPUR – Kejayaan kontinjen Malaysia mengumpul sembilan pingat emas di Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 membuktikan kesungguhan dan kehebatan atlet negara dalam mengharumkan nama Jalur Gemilang di pentas Asia. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

KUALA LUMPUR – Pemulihan kuarters Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sungai Besi Land perlu disegerakan bagi membolehkan kawasan berkenaan disediakan untuk tujuan perumahan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir