Tesla hilang kawalan langgar tiga kenderaan

TEMERLOH – Lima individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Tengku Ismail di sini, petang semalam.

Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu dipercayai berlaku apabila kereta Tesla dipandu wanita berusia 31 tahun hilang kawalan sebelum merempuh tiga kenderaan lain termasuk sebuah motosikal.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, siasatan awal mendapati wanita terbabit dalam perjalanan dari arah bandar Temerloh menghala ke Mentakab.

“Setiba di lokasi kejadian, kenderaan dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu melanggar sebuah Perodua Myvi merah.

“Akibat rempuhan itu, kereta Myvi berkenaan ‘terdorong’ ke hadapan sebelum melanggar sebuah motosikal Yamaha yang diletakkan berhampiran,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, Tesla dipandu wanita berkenaan turut merempuh sebuah lagi Perodua Viva biru yang diparkir di kawasan sama.

Menurut Mohd Nasyim, susulan itu pemandu Perodua Myvi berusia 32 tahun disyaki patah bahu kanan.

“Tiga lagi penumpang termasuk seorang wanita berusia 29 tahun mengalami lebam pada perut, manakala seorang wanita berusia 28 tahun serta kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera ringan.

“Kesemua mangsa termasuk pemandu Tesla menerima rawatan di hospital,” katanya.

Tambah Mohd Nasyim, penunggang motosikal dan pemandu Perodua Viva masing-masing berusia 43 tahun tidak cedera kerana tidak berada berhampiran kenderaan ketika kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Related Posts

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

KANGAR – Peniaga di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis kecewa apabila mendakwa menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing bagi memberi laluan kepada penganjuran pesta air selama tiga hari. Dakwaan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan sembilan kes cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM4.15 juta termasuk duti dan cukai menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK