21 lokasi, 1,531 gerai Bazar Ramadan di Ipoh

IPOH – Umat Islam di negara ini dijangka memulakan ibadah puasa dua hari lagi sempena kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Selain menjadi medan meningkatkan keimanan dan ketakwaan, kewujudan bazar Ramadan turut memeriahkan suasana dengan pelbagai juadah berbuka puasa yang menjadi tarikan masyarakat setempat.

Bagi tahun ini, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menyediakan sebanyak 21 lokasi Bazar Ramadan Ipoh 2026 melibatkan 1,531 petak gerai yang akan beroperasi bermula 19 Februari ini setiap petang sepanjang bulan Ramadan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, lokasi dengan jumlah tapak gerai paling banyak disediakan adalah di perkarangan Stadium Perak iaitu sebanyak 200 tapak.

Selain itu, MBI turut menyediakan tapak bazar di Taman Perpaduan (140 tapak),Medan Gopeng (126), Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya (120), Desa Aman (100), Taman Silibin (90), Taman Klebang Restu (82) dan Taman Jati (80).

Lokasi lain yang turut terlibat ialah Taman Tasek Indera (70), Halaman Meru Permai (60), Taman Kinding Raya (60), Taman Temara (60), Tanjung Perdana (50), Chandan Desa (50) dan Taman Bercham Raya (50).

Turut disenaraikan sebagai lokasi Bazar Ramadan ialah Taman Chepor Indah (34), Rapat Setia (30), Taman Ipoh Jaya (30), Pekan Chemor (25) serta Angsana Mall (14).

Sehubungan itu, MBI mengingatkan para peniaga agar sentiasa menjaga kualiti makanan dan perkhidmatan selain mematuhi segala syarat serta peraturan yang telah ditetapkan demi keselesaan dan keselamatan pengunjung.

Related Posts

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

TAWAU – Wanita diseru supaya lebih prihatin terhadap kesihatan payudara dengan menjalani pemeriksaan bersesuaian serta mendapatkan nasihat profesional sekiranya mengesan sebarang perubahan yang membimbangkan. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

LAHAD DATU – Belanjawan 2027 mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI memastikan agenda pembangunan negara terus dilaksanakan seiring usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak. Ketua Cabang PKR Lahad Datu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak