Polis siasat insiden tembakan depan bank

SIBU – Polis sedang menyiasat satu insiden tembakan yang menyebabkan kerosakan pada pintu kaca sebuah bank di Jalan Lanang pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Sibu, Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati dua lelaki menaiki sebuah motosikal dipercayai berhenti berhampiran premis terbabit sebelum salah seorang daripadanya melepaskan satu das tembakan dipercayai menggunakan sepucuk pistol.

“Menurut saksi, selepas melepaskan tembakan, kedua-dua suspek terus meninggalkan lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pemeriksaan di tempat kejadian menemukan satu kelongsong peluru serta satu butir peluru hidup yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden berkenaan.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan keadaan di lokasi adalah terkawal.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Usaha mengesan suspek dan mengenal pasti motif kejadian sedang dijalankan manakala orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan