Lelaki ditahan, syabu dalam straw lutsinar dirampas

MUKAH – Tindakan mencurigakan seorang lelaki di tepi jalan kawasan bandar ini membawa padah apabila dia ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah jenis methamphetamine atau syabu, dalam satu operasi baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, suspek lelaki tempatan berusia 36 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah sekitar jam 1 tengah hari.

Menurut beliau, pemeriksaan lanjut mendapati suspek memiliki dua keratan straw lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai syabu dengan anggaran berat kasar 0.90 gram.

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek juga didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Rizal berkata, hasil semakan mendapati suspek yang bekerja sebagai petugas kebersihan itu turut mempunyai empat rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

“Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Mukah bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut,” tambahnya lagi.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan