Seru toleransi, elak salah faham dalam penganjuran pasar malam – Vivian

SANDAKAN – Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee menyeru masyarakat dan peniaga agar mengamalkan sikap toleransi serta mengelakkan salah faham dalam penganjuran program pasar malam di bandar ini.

Beliau berkata, program yang berlangsung selama dua hari itu berjaya dilaksanakan hasil kerjasama erat Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bersama pelbagai pihak, sekali gus meningkatkan keyakinan peniaga untuk turut serta.

Menurutnya, sebelum ini hanya satu percubaan kecil diadakan tanpa penglibatan gerai kerana peniaga masih kurang yakin untuk menjalankan jualan di kawasan bandar.

“Dengan sokongan penuh MPS, kini peniaga lebih yakin untuk bersama-sama menjayakan program ini,” katanya ketika di temui media selepas menghadiri Program Gerai Jualan Pasar Malam Sempena Sambutan Tahun Baru Cina di Pintu Gerbang Sandakan, di sini, pada Sabtu.

Beliau menjelaskan, pasar malam bertemakan perayaan tertentu tidak bermaksud ia hanya untuk satu kaum sahaja, sebaliknya terbuka kepada semua komuniti.

“Tema hanyalah untuk meraikan sesuatu perayaan.

“Apabila ada perayaan lain, kita akan adakan tema lain pula,” ujarnya.

Tambahnya, masyarakat Sandakan yang terkenal dengan keharmonian perlu menolak persepsi negatif serta memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekonomi tempatan melalui penganjuran program seperti ini.

“Saya berharap inisiatif ini dapat memberi manfaat kepada ekonomi komuniti serta menjadi tarikan tambahan kepada pelancong yang datang ke Sandakan,” jelasnya.

Related Posts

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan status kekosongan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dimuktamadkan minggu ini sebelum dirujuk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menentukan tindakan selanjutnya.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

PEKAN – Seorang juruteknik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu melulu sehingga menyebabkan tiga pengguna jalan raya termasuk dua beranak, maut pada Jun lalu. Tertuduh,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Status kekosongan kerusi DUN Selangor keputusan Speaker, bukan kerajaan negeri – Amirudin

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Juruteknik didakwa pandu melulu punca tiga maut

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Wanita luar bandar Telang Usan digesa rebut peluang ekonomi digital

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026

Sarawak dipilih tuan rumah sambutan Hari Malaysia 2026

TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung di IJN  

TPM Fadillah jalani pembedahan pintasan jantung di IJN  

Trump harap penyelesaian diplomatik rungkai konflik AS-Iran

Trump harap penyelesaian diplomatik rungkai konflik AS-Iran