Ketua PKR Kuantan terima sandang kebesaran silat gayong

KUANTAN – Ketua Cabang PKR Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi, dianugerahkan ‘Sandang Mahkota Cula Pelangi’ oleh Majlis Lembaga Adat Negeri Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) dalam satu majlis penganugerahan sandang kebesaran baru-baru ini.

Turut menerima sandang kebesaran sama adalah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan, Datuk Zaliza Zulkipli dan Pegawai Daerah dan Tanah Kuantan, Datuk Shahruddin Jali.

Penganugerahan itu disempurnakan Tunku Amiruddin Tunku Yusof selaku Timbalan Yang Dipertua II PSSGM Kebangsaan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi PSSGM Pahang, Ahmad Tajuddin Othman berkata, anugerah sandang itu diberikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan jasa tokoh masyarakat di negeri ini yang banyak menyokong usaha memartabatkan warisan seni silat.

Katanya, Majlis Lembaga Adat Negeri PSSGM Kebangsaan Pahang berbesar hati memilih Fakhrul Anuar sebagai penerima Sandang Mahkota Cula Pelangi atas komitmen dan sokongan beliau dalam memperkukuh seni silat di Pahang.

Fakhrul Anuar yang juga Ahli Majlis Bandaraya Kuantan menzahirkan rasa syukur dan penghargaan atas penghormatan itu.

Beliau juga bertekad untuk terus membantu memartabatkan seni Silat Gayong di Kuantan khususnya dan negeri Pahang amnya.

“Saya amat berterima kasih atas pengiktirafan ini dan akan terus menyokong usaha memperluaskan seni silat Gayong dalam kalangan generasi muda.

“Usaha ini selari dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mewujudkan Pendekar MADANI di semua sekolah sebagai sebahagian daripada pembinaan jati diri anak bangsa,” katanya.

Beliau turut menyatakan, Kerajaan MADANI komited membantu pertubuhan silat di seluruh negara melalui peruntukan khas sebanyak RM2 juta bagi memperkasakan kegiatan persilatan pada tahun 2026.

Related Posts

JKKP Selangor keluar notis larangan tapak bina kilang susulan dua pekerja maut

SHAH ALAM – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor mengeluarkan notis larangan di sebuah tapak pembinaan kilang di Kuala Langat susulan kemalangan maut yang mengorbankan dua pekerja warga asing 28 Julai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump harap penyelesaian diplomatik rungkai konflik AS-Iran

Trump harap penyelesaian diplomatik rungkai konflik AS-Iran

JKKP Selangor keluar notis larangan tapak bina kilang susulan dua pekerja maut

JKKP Selangor keluar notis larangan tapak bina kilang susulan dua pekerja maut

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

Dr Dzulkefly gesa penganjur RXZ Members utamakan pesanan pemanduan berhemah

Sarawak, Sabah kekal ‘kingmaker’ politik negara – Abdul Karim

Sarawak, Sabah kekal ‘kingmaker’ politik negara – Abdul Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu