Sabah perlu lonjakan infrastruktur dan STEM, Mustapha terus pantau pendidikan secara dekat

KOTA KINABALU – Isu prasarana sekolah daif dan kekurangan bilik darjah di Sabah terus menjadi keutamaan apabila kepimpinan negeri menegaskan keperluan tindakan segera dalam pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Ts Mustapha Sakmud berkata, masih banyak sekolah di negeri ini berdepan masalah infrastruktur tidak kondusif selain kekurangan kelas yang menjejaskan keselesaan serta keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.

“Perkara ini sudah kita suarakan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) supaya melihat secara serius prasarana anak-anak kita, khususnya di Sabah dan Sarawak.

“Projek sekolah daif dan isu kekurangan kelas perlu disegerakan kerana ia memberi kesan langsung kepada kualiti pendidikan,” katanya kepada media sebelum merasmikan Program Wacana RPM 2026-2035 di Hotel Ming Garden, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan akan memantau secara dekat perkembangan sektor pendidikan di kedua-dua negeri berkenaan bagi memastikan agenda memperkasa pendidikan dapat direalisasikan.

Menurutnya, pendidikan berkualiti menjadi asas penting dalam usaha mengangkat Sabah dan Sarawak sebagai wilayah yang lebih maju dari sudut pembangunan ekonomi dan sosial.

“Kita mahu melahirkan tenaga mahir yang berkualiti untuk negeri ini. Kita tidak mahu lagi anak-anak berhijrah ke luar semata-mata mencari peluang.

“Sebaliknya, kita mahu mereka menyumbang kepada pembangunan negeri sendiri,” jelasnya.

Mengulas fokus utama RPM bagi Sabah, beliau menekankan keperluan memperkukuh bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), yang dilihat masih belum berada pada tahap memuaskan.

“Kita perlu kuatkan sains dan matematik. Sabah harus menumpukan usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir dalam bidang STEM kerana masa depan pembangunan negeri akan banyak bergantung kepada teknologi baharu dan ekonomi berasaskan pengetahuan.

“Jadi saya harap KPM melihat sisi ini sebab ini penting. Kalau kualiti guru kita tidak cukup dan tidak berkualiti, ini akan menjejaskan dari segi pendidikan anak-anak kita,” tegasnya.

Related Posts

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

KOTA KINABALU – Minggu Suai Mesra (MSM) dan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi Program Asasi Teknologi Maklumat serta Asasi Sains Sosial di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan dilaksanakan secara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

UMS laksana MSM, PdP dalam talian bagi dua program asasi

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana