Jawatankuasa PBT dianggotai polis setuju isu kuil tidak sah di bawah tanggungjawab Yayasan Kubra

KUALA LUMPUR – Tindakan aktivis, Tamim Dahri Abdul Razak dan tiga rakannya merobohkan kuil tidak sah di Taman Rawang Perdana selepas jawatankuasa pusat yang diterajui pihak berkuasa tempatan (PBT) memutuskan keperluan untuk pemilik tanah, Yayasan Kubra menyelesaikan isu berkenaan.

Peguam Yayasan Kubra, Muhammad Hariz Md Yusoff berkata, menerusi maklum balas Majlis Perbandaran Selayang  bertarikh 14 Mac 2022, mesyuarat jawatankuasa yang turut dianggotai polis bersetuju sebarang struktur yang berada di dalam lot berkenaan adalah di bawah tanggungjawab yayasan tersebut.

“Untuk perhatian semua bahawa jawatankuasa pusat setempat turut terdiri daripada pihak polis. Daripada 2018 sehinggalah ke tahun 2020 Yayasan Kubra percaya ianya dalam pengetahuan penuh pihak polis.

“Bagaimanapun, tidak ada apa-apa tindakan malah pihak tuan tanah Yayasan Kubra diminta untuk bertanggungjawab ke atas apa-apa binaan di dalam hak milik tanahnya sendiri,” katanya menerusi sidang media di sebuah restoran, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Muhammad Hariz berkata, keputusan itu hadir selepas beberapa tindakan diambil pihak yayasan sejak 2018 termasuk membuat laporan polis berhubung dakwaan halangan terhadap kontraktor yang menjalankan kerja di tapak yang telah disewakan.

Menurutnya, pada Oktober 2021, notis juga dihantar kepada pihak kuil supaya mengosongkan kawasan selain sepanduk amaran dinaikkan sebagai tanda tiada kebenaran diberikan kepada mana-mana pihak untuk terus berada di situ.

“Pihak kuil melalui surat balasan bertarikh 13 Oktober 2021 memaklumkan rumah ibadat berkenaan didakwa telah wujud sejak 1991 serta berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada awal 2021.

“Dalam surat itu juga mereka meminta supaya pemilik tanah menghentikan kenyataan atau tindakan yang boleh menjadikan isu ini sebagai isu agama atau kaum.

“Bagaimanapun, pendirian Yayasan Kubera konsisten bahawa ini adalah isu pencerobohan tanah dan langsung tidak berkait dengan sentimen perkauman atau keagamaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, atas faktor pencerobohan yang berlarutan serta hasrat yayasan membangunkan rumah asnaf di kawasan berkenaan, pihaknya kemudian melantik Tamim bersama rakan-rakan bagi menguruskan tindakan lanjut untuk pihak tuan tanah.

“Ini soal pelanggaran undang-undang dan hak pemilik seperti diperuntukkan dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan di samping pencerobohan yang dilakukan sudah terlalu lama.

“Notis sudah diberi, aduan kepada pihak berkuasa juga dibuat sejak sekian lama, namun tiada tindakan oleh pihak berkuasa sehingga menyebabkan pemilik mengambil langkah yang dirasakan perlu,” katanya.

Related Posts

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

KANGAR – Kebun buah-buahan, rumah kediaman dan stor dijadikan lokasi menyimpan senjata api serta peluru milik satu sindiket yang dipercayai aktif di utara Semenanjung sejak 2019. Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX

PORT DICKSON – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan berjaya mengurangkan kos pembelian Kapal Misi Pesisir (LMS) sebanyak 15 peratus menerusi rundingan secara terus antara kerajaan Malaysia dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX

Peranan ejen Tan Sri, Datuk beli aset pertahanan dihentikan – PMX