Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

SARATOK – Padah memiliki dadah, seorang lelaki tempatan ditahan Pasukan Tindakan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dalam serbuan di tepi jalan kawasan itu, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek berusia 28 tahun itu diberkas kira-kira jam 10 pagi hasil maklumat risikan dan pemantauan yang dijalankan.

Menurutnya, operasi yang diketuai Inspektor Henry Muji itu telah menahan suspek dalam keadaan mencurigakan untuk tujuan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan fizikal yang dijalankan ke atas lelaki terbabit telah membawa kepada penemuan dan rampasan bahan disyaki dadah jenis syabu.

“Suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Saratok untuk tindakan lanjut. Ujian saringan awal air kencing mendapati dia positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mathew memaklumkan bahawa semakan rekod jenayah mendapati suspek bukanlah pesalah baharu.

Jelas beliau, lelaki itu mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kesalahan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang telah dijatuhi hukuman pada tahun lalu.

“Selain itu, suspek juga mempunyai rekod di bawah Seksyen 4A(a) Akta Racun 1953 yang mana dia telah dikenakan denda.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah,” ujarnya.

Related Posts

JPN Bera ziarah warga emas, urus penggantian MyKad secara percuma

BERA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Bera mengadakan lawatan prihatin ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di sini, hari ini bagi memberi sokongan moral dan semangat kepada penghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FKAT 2026: Penyertaan empat delegasi antarabangsa, sasar lebih 50,000 pengunjung

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2026 yang memasuki edisi ke-11 tahun ini menerima penyertaan empat delegasi antarabangsa iaitu dari Uzbekistan, Kazakhstan, Kemboja dan Indonesia. Presiden Majlis Perbandaran Tawau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos