Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

Ynom

KOTA KINABALU – Kastam Malaysia merekodkan kutipan hasil sebanyak RM9.97 bilion bagi Januari 2026, melepasi unjuran bulanan RM9.17 bilion dengan lebihan RM800 juta atau 108.72 peratus.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wira Anis Rizana Mohd Zainudin berkata, berdasarkan kutipan semasa serta perancangan dan strategi yang dirangka secara rapi, Kastam optimis sasaran tahunan sebanyak RM80 bilion yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan akan dapat dicapai.

“Sehingga Januari 2026, Kastam telah berjaya mematahkan sebanyak 646 kes cubaan penyeludupan dan penyelewengan duti serta cukai kastam.

“Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan sitaan pelbagai jenis barangan, termasuk barangan bercukai dengan nilai keseluruhan mencecah RM169.20 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Kenderaan Pacuan Empat Roda Sumbangan Kerajaan Negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah (IPK), di sini pada Jumaat.

Jelasnya, terdapat lima komoditi utama berdasarkan nilai rampasan bagi Januari 2026 iaitu dadah, kenderaan, rokok, minuman keras dan mercun serta bunga api.

“Daripada jumlah itu, kenderaan mencatatkan nilai rampasan tertinggi iaitu RM65.26 juta membabitkan 148 kes dan 367 unit kenderaan, diikuti rokok sebanyak RM38.68 juta hasil 217 kes rampasan melibatkan 901.59 juta batang.

“Rampasan minuman keras pula merekodkan 76 kes dengan nilai keseluruhan RM25.31 juta melibatkan 509,319 liter, manakala lain-lain komoditi mencatatkan 147 kes bernilai RM31.41 juta.

“Selain itu, rampasan dadah melibatkan 42 kes dengan berat keseluruhan 2,15.56 kilogram dan nilai RM7.51 juta, sementara mercun dan bunga api mencatatkan 16 kes dengan nilai rampasan RM1.03 juta,” ujarnya.

Katanya, secara keseluruhan, nilai rampasan adalah RM72.87 juta dan jumlah cukai RM96.33 juta menjadikan jumlah keseluruhan rampasan termasuk cukai sebanyak RM169.20 juta setakat Januari tahun ini.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pemegang taruh atas kerjasama dan bantuan berterusan, khususnya Kementerian Kewangan dan Agensi-Agensi Kerajaan lain terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Tambahnya, kerjasama strategik antara agensi amat penting dalam memperkukuh pungutan hasil negara, memelihara kestabilan ekonomi serta menyokong pembangunan dan kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Related Posts

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

LONG LAMA – Baram dilihat mempunyai potensi besar untuk diangkat sebagai destinasi pelancongan budaya utama di Bumi Kenyalang, didorong oleh kekayaan warisan tradisi, kepelbagaian etnik serta keindahan alam semula jadinya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

KUCHING – Pelaksanaan kod baharu menerusi Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) mendapat sokongan jitu daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam usaha membendung kanak-kanak daripada terus terdedah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Retorik “Bela Rakyat” Pas Terengganu semakin tercabar dalam isu cukai pintu

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Baram bakal jadi hab pelancongan budaya Sarawak

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Sokong kod baharu ONSA pelihara keselamatan kanak-kanak, KPWKM salur dana RM5 juta untuk Program Rhythm

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Facebook gagal beri kerjasama namun TikTok ambil pendekatan utamakan keselamatan dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Nota Jemaah Menteri akan dibentang  gempur scam dan judi dalam talian

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan

Kementerian Komunikasi cari jalan agar TikTok izinkan media jana pendapatan