Maritim Malaysia Pahang rampas syabu RM78.6 juta

KUANTAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menumpaskan rangkaian pengedaran dadah antarabangsa dengan nilai rampasan dadah RM78.6 juta dalam satu operasi khas, semalam.

Pengarah Maritim Malaysia Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, dalam operasi itu, dua kapal ditahan aset Maritim Malaysia yang melakukan rondaan kira-kira 107 batu nautika timur laut Kuantan, berhampiran sempadan perairan Pahang dan Terengganu.

Menurutnya, kapal pertama iaitu kapal tangki sepanjang 50.34 meter dikenali sebagai Kamal Bangkok yang didaftarkan di Thailand ditahan pada jam 10.47 pagi ketika berlayar ke arah selatan.

“Kapal itu membawa 13 kru terdiri daripada 10 warga Thailand dan tiga warga Indonesia berusia antara 33 hingga 68 tahun.

“Hasil pemeriksaan menemukan 76 guni mengandungi bahan disyaki syabu dengan anggaran berat keseluruhan 1.572 tan.

“Turut dirampas kira-kira 50,000 liter minyak diesel,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Pahang, di sini, hari ini.

Mazlan memaklumkan, sebuah lagi kapal kargo sepanjang 39.8 meter dikenali sebagai Sail Fish 09 didaftarkan di Indonesia ditahan kira-kira jam 10.50 pagi di lokasi sama.

Jelasnya, kapal itu membawa lima kru warga Indonesia berusia antara 33 hingga 71 tahun.

“Justeru keseluruhan nilai rampasan termasuk dadah, minyak diesel dan dua kapal dianggarkan RM83.75 juta.

“Dadah yang dirampas dipercayai boleh digunakan kira-kira sembilan juta penagih,” katanya lagi.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 dan Akta Imigresen 1958.

Tambahnya, kapal dan barang kes dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman, Terengganu untuk tindakan lanjut.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit