NRES beri kerjasama penuh kepada SPRM terhadap JAS

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penahanan Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) baru-baru ini.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, kementerian berpegang kepada prinsip integriti, tadbir urus yang baik serta kebertanggungjawaban sebagai keutamaan dalam pentadbiran.

“Sebarang bentuk salah guna kuasa atau amalan rasuah tidak akan dikompromi dan tindakan susulan di peringkat dalaman akan diambil selaras dengan peraturan pegawai awam jika perlu.

“Kementerian sedang berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara bagi menambah pengisian jawatan khususnya di peringkat penguatkuasaan bagi memperkasakan operasi JAS,” katanya ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen PN Pendang, Datuk Awang Hashim yang ingin mengetahui langkah kementerian dalam menjamin integriti perkhidmatan susulan penahanan pegawai tertinggi jabatan berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebuah Pasukan Petugas Khas ditubuhkan bagi memperkukuh tadbir urus serta meningkatkan kecekapan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di negara ini.

“Langkah itu turut bertujuan menambah baik prosedur operasi standard (SOP) JAS supaya lebih responsif dan berimpak tinggi,” katanya.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Ahli Parlimen PH Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mengenai faktor kerajaan mengharamkan pengimportan e-sisa atau e-waste berkuat kuasa 4 Februari, Arthur berkata Malaysia tidak pernah membenarkan pengimportan sisa elektronik.

Beliau berkata NRES komited memulangkan semula sisa dibawa masuk secara haram ke negara asal, selaras dengan komitmen di bawah Konvensyen Basel, dengan 428 daripada 701 kontena yang dikesan mengandungi e-sisa berjaya dipulangkan dalam tempoh antara 2021 hingga 2025.

“Secara keseluruhan, sebanyak 1,241 kontena telah diperiksa oleh pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan JAS dalam tempoh itu.

“Sekiranya pemulangan tidak dapat dilaksanakan walaupun selepas segala usaha telah dilakukan, barulah e-waste itu akan diurus dan dilupuskan secara selamat melalui kaedah Environmentally Sound Management (ESM) di fasiliti selamat dan berlesen dalam negara yang diiktiraf JAS,” katanya.

Berhubung tindakan terhadap premis yang menjalankan aktiviti pemprosesan e-sisa secara haram, Arthur berkata sebanyak 85 kes telah diambil tindakan menerusi operasi bersepadu Ops Hazard 1 dan 2.
Beliau berkata operasi itu menyaksikan 21 premis dikompaun manakala 64 diambil tindakan untuk pendakwaan di mahkamah dengan 11 kes telah selesai pada peringkat mahkamah setakat ini.

“Kita juga mengambil langkah menutup kilang haram dan membawa pengoperasinya ke mahkamah dengan kerjasama dan melibatkan kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis.

“Tindakan penutupan premis dilaksanakan PBT menggunakan kuasa diperuntukkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, khususnya berkaitan pelesenan dan penguatkuasaan premis.

“Kementerian melalui JAS akan terus memperkukuhkan kerjasama strategik ini bagi membanteras kewujudan dan operasi kilang haram yang memproses e-sisa di seluruh negara,” katanya.

  • Related Posts

    Dua anggota tentera terkorban semasa menjalani latihan bom

    SUNGAI PETANI – Malang tidak berbau telah meragut nyawa dua anggota tentera akibat kecederaan parah terkena letupan bom ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun di sini, hari ini. Dalam…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Enam perusahaan terlibat ‘kartel penipuan’ pembekalan makanan berdepan penalti kewangan

    PUTRAJAYA – Enam perusahaan berdepan penalti kewangan selepas didakwa terlibat dalam kartel penipuan bida bagi satu tender pembekalan makanan bernilai RM5.7 juta yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Pengerusi…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

    Kebun sekolah bakal diperluas di Sabah tahun depan

    Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

    Hajiji hadir majlis kesyukuran sempena Awal Muharam 1448H

    Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

    Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia

    Jangan manipulasi fakta!

    Jangan manipulasi fakta!

    Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

    Malaysia, Timor-Leste tingkatkan kerjasama strategik pelbagai sektor – PM

    Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi

    Kehadiran Parti Wawasan Negara jadi pembakar semangat PH – Fahmi