RM22.3 juta diperuntuk perkasa pekebun kecil RISDA Sabah tahun 2026

TENOM – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memperuntukkan RM22.308 juta bagi memperkasa komuniti pekebun kecil di Sabah sepanjang tahun 2026 menerusi pelbagai inisiatif pembangunan yang dirangka secara menyeluruh.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, selain peruntukan peringkat negeri, RISDA Daerah Keningau turut menerima peruntukan berjumlah RM4.66 juta bagi melaksanakan program pembangunan pekebun kecil di daerah berkenaan.

“Peruntukan ini melibatkan bantuan bagi tiga komponen utama iaitu Program Penanaman Semula Getah dan Bekalan, Program Produktiviti dan Pemasaran, serta Program Pengembangan dan Perancangan,” ujarnya ketika merasmikan Program Pekebun Kecil Makmur Peringkat RISDA Negeri Sabah bagi Tahun 2026 di Dewan SJK(C) Chung Hwa, di sini, hari ini.

Menurut Jamawi, program berkenaan merupakan satu inisiatif murni Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) melalui RISDA bagi memastikan komuniti desa, khususnya pekebun kecil, menerima maklumat terkini yang bermanfaat untuk meningkatkan pulangan dan menyokong pembangunan desa yang mampan.

“Program ini juga menjadi platform berimpak tinggi untuk mengangkat martabat komuniti desa ke tahap yang lebih membanggakan, selari dengan Aspirasi Desa MADANI.

“Komuniti pekebun kecil perlu terus diberi galakan dan sokongan melalui inisiatif baharu bagi mewujudkan peluang penambahan pendapatan dan tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada hasil getah.

“Keadaan pasaran harga getah dunia ketika ini semakin mencabar, justeru usaha mempelbagaikan sumber pendapatan menjadi tumpuan kerajaan bagi memastikan kelangsungan ekonomi komuniti pekebun kecil,” kongsinya.

Mengulas mengenai cabaran sektor getah, Jamawi berkata, Rekod Banci Pekebun Kecil Getah (BPKG) 2023 menunjukkan sebanyak 24,443 hektar kebun getah matang atau sedia ditoreh di Sabah kini tidak lagi diusahakan.

“Keadaan ini menyumbang kepada trend penurunan pengeluaran getah asli negara yang bukan sahaja menjejaskan pendapatan pekebun kecil, malah memberi kesan kepada sumbangan sektor komoditi getah terhadap ekonomi negara.

“Sehubungan itu, KKDW dan RISDA terus menjadikan usaha meningkatkan hasil dan produktiviti kebun sebagai agenda penting bagi memastikan pekebun kecil kekal berdaya saing,” ujarnya.

Dalam pada itu, Jamawi menyeru semua pekebun kecil agar sentiasa berhubung dan bekerjasama dengan RISDA serta LIGS bagi memastikan kebun getah diusahakan secara lebih produktif.

“Saya juga menggalakkan individu yang mempunyai tanah terbiar agar tampil mendapatkan maklumat dan panduan daripada agensi berkaitan supaya tanah tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya,” katanya.

Related Posts

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

SELAYANG – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mengadakan tinjauan sulung ke beberapa kawasan di Selayang yang mempunyai premis dan penempatan komuniti Rohingya bagi mendapatkan gambaran sebenar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

SEJAK kebelakangan ini, muncul suara-suara sinis yang mendakwa kerajaan hari ini tidak membawa perubahan besar kepada rakyat. Ada yang mengatakan semua pengumuman hanyalah kosmetik. Ada yang mendakwa kehidupan rakyat tetap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Isu Rohingya: KP JKOM tinjau kawasan di Selayang teliti keluhan rakyat

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Pas belum maafkan Bersatu, krisis Perlis terus hantui PN

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

Perubahan berkesan bukan yang paling viral tapi bermanfaat buat rakyat

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MBI tawar diskaun 50 peratus kompaun, parkir dan bot percuma sempena ulang tahun Bandar Raya Ipoh ke-38

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

MCMC arah CelcomDigi tingkat kualiti liputan perkhidmatan telekomunikasi di Kampung Tinagat, Tawau segera

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran

Isu Dialog Datuk Bandar Sedunia di China: Amy Tnay perjelas status kehadiran