Residensi SMJ solusi penempatan tidak terancang, tangani isu sosial – Su Fui

TAWAU – Pembinaan Residensi Sabah Maju Jaya (SMJ) dilihat sebagai pendekaran jangka panjang bagi menangani penempatan tidak terancang di beberapa kawasan berisiko tinggi bencana termasuk kebakaran khususnya di DUN Apas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Lo Su Fui berkata, selain mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selamat dan tersusun, pelaksanaan Residensi SMJ diyakini mampu menyelesaikan pelbagai isu berpanjangan termasuk aktiviti curi bekalan elektrik dan air.

“Selain pembinaan Rumah Mesra SMJ dan Rumah SMJ Belia, Residensi SMJ merupakan pendekatan baharu yang dicadangkan melibatkan pembangunan perumahan bertingkat, seumpama Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Cadangan ini bukan hanya untuk Tawau, tetapi akan dilaksanakan di seluruh Sabah dan keutamaan akan diberikan kepada mangsa kebakaran serta penduduk yang tinggal di rumah-rumah setinggan,” katanya kepada media selepas lawatan mangsa-mangsa kebakaran di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kompleks Sukan Tawau, di sini, pada Sabtu.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah merangkap ADUN Apas, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

SuFui yang juga Ahli Parlimen Tawau berkata, cadangan pembinaan Residensi SMJ di Tawau telah dikemukakan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan menerima maklum balas positif, selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat menggunakan kemampuan sendiri.

“Kita sedang meneliti lokasi yang sesuai bukan sahaja untuk pembinaan perumahan tetapi juga dari segi peluang pekerjaan, pembentukan komuniti dan kemudahan pergerakan penduduk,” katanya.

Katanya, pembinaan Residensi SMJ dijangka mula dilaksanakan dalam tahun ini selepas mendapat peruntukan Persekutuan dan di Tawau, antara kawasan yang diteliti termasuklah Batu 2 dan Batu 4 Jalan Apas serta kawasan Balung.

Related Posts

Pendidikan, sosioekonomi nadi utama kelestarian komuniti Tellian

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine menetapkan pemerkasaan pendidikan dan pembangunan sosioekonomi sebagai agenda utama dalam memacu masa depan serta kesejahteraan masyarakat di kawasan tersebut. Komitmen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dari peluang kedua hingga teknologi pintar, dua graduan POLYCC buktikan kuasa TVET

KOTA KINABALU – Dua penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) Zon Sabah 2026 membuktikan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu membuka peluang baharu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

PM Anwar selesai menghadap Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Putra gesa polis siasat MB, Exco NS berhubung penyingkiran Tuanku Muhriz

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Krisis Negeri Sembilan kian memuncak, Amanah cadang MB mohon bubar

Kemelut Negeri Sembilan: Raja perlu dihormati, semua tindakan mesti ikut aturan – Ibrahim Ali