STEM Explorer@UMS semai minat sains murid SK Kg Brunei, Membakut

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkukuh peranan sebagai institusi pemindahan ilmu kepada masyarakat menerusi penganjuran Program Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) 100³ bertemakan STEM Explorer@UMS.

Ketua Saintis Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Prof. Madya ChM. Ts. Dr. Mohd Sani Sarjadi berkata, murid didedahkan kepada peralatan asas kimia melalui demonstrasi eksperimen yang menarik, selamat dan bersesuaian dengan tahap pembelajaran.

“Kemuncak program ialah sesi lawatan dan aktiviti di Makmal Gunasama FST yang memberi pendedahan langsung kepada murid terhadap persekitaran makmal sebenar.

“Antara eksperimen yang dijalankan ialah Fireproof Balloon yang memperlihatkan konsep pemindahan haba, Volcano Experiment yang menunjukkan tindak balas kimia secara visual dan Invisible Fire dan Fire Glow yang menerangkan fenomena pembakaran serta tenaga,” ujarnya dalam kenyataan media, di sini pada Jumaat.

Jelasnya, pendekatan pembelajaran berasaskan penerokaan dan eksperimen amat berkesan dalam menarik minat murid terhadap sains.

“Matlamat utama program ini adalah untuk menyemai minat awal terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman dan penerokaan.

“Melalui tema STEM Explorer@UMS, kami mahu murid melihat sains sebagai satu pengembaraan ilmu yang menyeronokkan dan bukan sesuatu yang menakutkan,” kongsinya.

Tambah Sani, program seumpama ini merupakan tanggungjawab sosial universiti dalam melahirkan generasi celik STEM.

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya, jika minat terhadap sains disemai sejak usia muda, negara akan memiliki modal insan yang berdaya saing dan inovatif pada masa hadapan.

“Program yang melibatkan 30 murid Tahun Lima dan Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kampung Brunei, Membakut tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif nasional Padanan 1 Saintis : 1 Sekolah,” katanya.

Related Posts

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

MIRI – Seramai 190 prospek dari Penjara Pusat Miri dipindahkan ke Penjara Pusat Limbang melalui laluan laut menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0 dengan kawalan keselamatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

SANDAKAN – Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar syarat Orang Pengawasan Polis (OPP). Dalam kenyataan yang dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi

BDR kurangkan penggunaan 4.05 juta liter petrol, kerajaan jimat RM7.31 juta subsidi