Op Dadu: Bekalan elektrik premis judi dipotong

SARATOK – Sebuah premis di Jalan Wawasan di sini menerima padah apabila bekalan elektriknya dipotong selepas disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam serbuan Op Dadu pada Khamis.

Tindakan tegas itu dilaksanakan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok dengan kerjasama Syarikat SESCO Berhad (SESCO) cawangan Saratok.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, pemotongan bekalan elektrik itu dibuat selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Menurutnya, langkah penguatkuasaan itu bertujuan melumpuhkan terus sebarang usaha sindiket untuk meneruskan operasi perjudian di premis berkenaan.

“Tindakan pemotongan bekalan elektrik ini merupakan usaha pencegahan awal dan mesej jelas pihak polis dalam membanteras aktiviti perjudian haram di daerah ini.

“Kita mahu memastikan premis yang terlibat tidak lagi dapat beroperasi atau dijadikan lokasi aktiviti tidak bermoral,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Operasi pemotongan tersebut diketuai oleh Pegawai Penyiasat BSJD IPD Saratok, Inspektor Hendry Muji susulan maklumat risikan dan aduan awam mengenai kegiatan tersebut.

Related Posts

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kira-kira lima juta rakyat dijangka menerima manfaat menerusi pelbagai program impak sosial yang dilaksanakan bersama pemain industri di bawah LESTARI: Rangka Kerja dan Pelan Hala Tuju Kelestarian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

KOTA KINABALU – Hak 40 peratus Sabah tidak pernah dijadikan bahan tawar-menawar politk atau diletakkan sebagai syarat sokongan politik kepada Kerajaan MADANI. Setiausaha Akhbar kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

5 juta rakyat dijangka terima manfaat program LESTARI menjelang 2030

40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

  • By Fatin
  • September 29, 2026
40 peratus Sabah bukan syarat sokongan politik pada Kerajaan MADANI

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3