Sultan Selangor murka insiden bakar suar, mahu dalang dihukum

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Penaung Selangor FC murka dengan insiden membakar suar di Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

Baginda menzahirkan rasa kecewa terhadap kegiatan tidak bermoral seperti budaya samseng dan gengsterisme yang kian menular di kalangan penyokong bola sepak tempatan.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sebagai Penaung Selangor FC menzahirkan rasa amat dukacita dan kecewa dengan insiden berkenaan.

“Baginda tidak berkenan dengan kegiatan tidak bermoral seperti budaya samseng dan gengsterisme yang kian menular di kalangan penyokong bola sepak tempatan, khususnya yang memakai jersi pasukan Selangor FC.

“Baginda mahu agar pihak polis mencari dalang di sebalik insiden itu dan sekıranya didapati bersalah, mereka yang terbabit haruslah dihukum dengan hukuman yang maksimum dan setimpal mengikut undang-undang.

“la sebagai pengajaran kepada para penyokong Selangor FC yang lain supaya insiden seumpamanya tidak berulang,” titah baginda dalam kenyataan hari ini.

Semalam, seramai 33 penyokong bola sepak Selangor direman di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Terengganu susulan kejadian mengganggu ketenteraman awam dan menimbulkan kegusaran di sepanjang laluan di Jambatan Angkat Kuala Terengganu.

Terdahulu tular beberapa video penyokong Selangor FC berarak dari arah Bandaraya Kuala Terengganu menuju ke Seberang Takir sambil membawa bendera pasukan dan menyalakan suar ketika di berada di jambatan itu.

Perbuatan itu mencetuskan kemarahan warga maya yang menyifatkannya sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin menyeru semua penyokong pasukan Selangor FC sentiasa mengawal tingkah laku masing-masing serta menjaga nama baik pasukan dan negeri.

“Baginda turut mencadangkan agar penyokong-penyokong Selangor FC yang disabitkan kesalahan menimbulkan kekacauan, agar diharamkan daripada masuk ke stadium untuk menghadiri mana-mana perlawanan membabitkan pasukan itu,” titah baginda.

Related Posts

Sarawak sambut baik kelulusan RM445 juta naik taraf Lapangan Terbang Miri

KUCHING – Kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sarawak terus membuahkan hasil lumayan buat rakyat apabila peruntukan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Miri dinaikkan kepada RM445 juta.   Menteri Pengangkutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Padi tanah kering fokus baharu tingkat sekuriti makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Tanaman padi tanah kering kini menjadi antara fokus utama Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) dalam usaha memperkukuh sekuriti makanan Sabah. Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak sambut baik kelulusan RM445 juta naik taraf Lapangan Terbang Miri

Sarawak sambut baik kelulusan RM445 juta naik taraf Lapangan Terbang Miri

Padi tanah kering fokus baharu tingkat sekuriti makanan Sabah – Jamawi

Padi tanah kering fokus baharu tingkat sekuriti makanan Sabah – Jamawi

12 Inisiatif Hari Guru: KGBS puji komitmen KPM, sedia jalin kerjasama

12 Inisiatif Hari Guru: KGBS puji komitmen KPM, sedia jalin kerjasama

Remaja 19 tahun didakwa seleweng 3,455 liter diesel tanpa permit

Remaja 19 tahun didakwa seleweng 3,455 liter diesel tanpa permit

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

Peluang terakhir BN: PH Johor sedia tanding semua kerusi jika rundingan gagal

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi

Tindakan lepas kerusi Parlimen perlu ambil kira suara pengundi