KKIA tangani isu infrastruktur uzur selepas 20 tahun

KOTA KINABALU – Sebanyak 26 kemudahan tandas dinaik taraf di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA) yang melibatkan 196 bilik tandas, 25 tandas untuk Orang Kurang Upaya (OKU) dan empat bilik penjagaan bayi serta 26 stor bilik simpanan peralatan pembersihan di seluruh terminal.

Malaysia Airport dalam satu kenyataan, memaklumkan bahawa projek menaik taraf tersebut dilaksanakan secara berfasa bagi memastikan operasi lapangan terbang kekal berjalan sepenuhnya.

“Kemudahan ini digunakan secara berterusan dan intensif, justeru memerlukan pembaharuan sepenuhnya bagi memenuhi piawaian operasi serta kebersihan.

“Kebolehcapaian semasa yang dijangka daripada sebuah lapangan terbang antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat selepas menerima maklumbalas orang ramai mengenai kos pembaikan tandas tersebut baru-baru ini.

Dalam pada itu, pihaknya turut memaklumkan bahawa skop kerja melibatkan pelucutan dan penggantian sepenuhnya sistem paip dan sanitari, penambahbaikan kalis air dan saliran, naik taraf mekanikal dan elektrikal, ciri kebolehcapaian yang dipertingkatkan, serta pemasangan kelengkapan yang direka untuk kegunaan trafik tinggi.

“Kesemua kerja dilaksanakan melalui pelucutan dan pembinaan semula sepenuhnya di dalam terminal yang sedang beroperasi, sekali gus memerlukan pelaksanaan secara berfasa.

“Selain itu, kawalan zon kerja yang ketat serta penyelarasan rapat dengan operasi lapangan terbang bagi memastikan kemudahan terus tersedia untuk penumpang sepanjang tempoh pengubahsuaian,” jelasnya.

Tambahnya lagi, Fasa 1 pengubahsuaian telah siap pada Mac 2025, manakala Fasa 2 dijadualkan siap pada April 2026.

“Naik taraf ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memastikan KKIA kekal selamat, berfungsi dengan baik dan sesuai untuk tujuan operasinya, di samping menyokong permintaan penumpang yang berterusan,” ujarnya.

Sebagai rekod, pengubahsuaian dan naik taraf kemudahan tandas di KKIA melibatkan kos sebanyak RM11.8 juta bagi menangani isu infrastruktur uzur di terminal yang telah beroperasi lebih dua dekad dan menerima jutaan penumpang setiap tahun.

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan